KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan penahahan seorang lelaki dan merampas heroin serta syabu seberat 45.93 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM1.17 juta dalam empat serbuan di sekitar Lembah Klang, Selasa lepas.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di tempat letak kereta sebuah kondominium mewah di Jalan Bukit Palma 2, Kajang, pada 1.30 tengah hari, hasil maklumat risikan sejak awal bulan lepas.
"Polis menemukan dadah disyaki syabu seberat 1.05 kg dalam bungkusan plastik teh cina hasil pemeriksaan ke atas beg galas dibawa lelaki itu.
"Susulan penahanannya, lelaki itu membawa polis ke sebuah unit kondominium di kawasan sama lalu menemukan dadah disyaki heroin seberat 8.05 kg dan syabu seberat 3.12 kg di dalam sebuah bilik di kondominium itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.
Yong berkata lelaki itu turut membawa polis ke sebuah lagi kondominium mewah di Taman Teknologi Mint, Bangi dan menemukan dadah disyaki syabu seberat 21.1 kg dan heroin seberat 12.61 kg.
"Lelaki itu kemudian membawa pihak polis ke sebuah rumah teres dua tingkat di Seri Kembangan dan menemukan wang tunai berjumlah RM60,520," katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati sindiket itu menyewa kondominium mewah untuk dijadikan stor penyimpanan dadah dengan kadar RM1,200 hingga RM1,800 sebulan.
Beliau berkata lelaki itu direman hingga 26 Okt ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan pihaknya sedang mengesan saki-baki ahli sindiket itu yang masih bebas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 22 2021
![Polis tahan lelaki, rampas heroin dan syabu bernilai RM1.17 juta Polis tahan lelaki, rampas heroin dan syabu bernilai RM1.17 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634947659_YongLeiChoo.jpg)
Yong Lei Choo menunjukkan barang rampasan pada sidang media mengenai kejayaan rampasan sindiket pengedaran dadah oleh warga tempatan di IPKKL. -Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Jual ganja guna Telegram, 3 rakan karib ditahan Jual ganja guna Telegram, 3 rakan karib ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720166575_telegramjpg.jpg)
Jual ganja guna Telegram, 3 rakan karib ditahan
Polis menahan tiga rakan karib kerana dipercayai mendalangi satu sindiket pembungkusan dan pengedaran ganja dengan mengumpul pelanggan melalui aplikasi Telegram, Isnin lepas.
![Sindiket edar dadah guna but kereta diubah suai tumpas Sindiket edar dadah guna but kereta diubah suai tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714382127_DatukKhawKokChin.jpg)
Sindiket edar dadah guna but kereta diubah suai tumpas
Polis merampas dadah bernilai RM13.5 juta selepas menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Puchong.
![Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
![Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716808366_AminulIzmeerMohdS.jpg)
Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena
JKDM Johor percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena.
![Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715765073_TBtokanganja.jpg)
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
![Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000 Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712545547_DADAHjpg.jpg)
Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000
Jumlah syabu yang dirampas ialah seberat lebih 20 kilogram, manakala daun ketum pula sebanyak 130 kilogram.
![Kastam Kedah rampas 10.5 kg syabu bernilai RM347,000 Kastam Kedah rampas 10.5 kg syabu bernilai RM347,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711330575_TBsyabujpg.jpg)
Kastam Kedah rampas 10.5 kg syabu bernilai RM347,000
Dadah ini cuba dibawa keluar secara haram melalui jalan laut dengan menggunakan bot ke negara jiran, Indonesia.
![Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710797547_JKDM.jpg)
Kastam Sarawak tumpas sindiket dadah, rampas 46kg syabu
Seorang lelaki berusia lewat 20-an yang disyaki ahli sindiket turut ditahan di sebuah rumah di Matang dekat Kuching pada 6 Mac lepas.
![Polis rampas dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak Polis rampas dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707116588_ManchaAta.jpg)
Polis rampas dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak
Polis telah melaksanakan 2,312 tangkapan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.62 juta di Sarawak dari Januari hingga 6 Mac lepas.
![Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707551609_AhmadFaizalTahrim.jpg)
Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Hulu Selangor selepas menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram ganja.