SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang lelaki serta merampas dadah disyaki ganja seberat lebih 164 kilogram dengan anggaran bernilai RM412,000 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tikam Batu menghala ke Kuala Lumpur dekat sini, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari berkata lelaki berusia 34 tahun yang beralamat di Segamat, Johor itu ditahan polis ketika berada dalam sebuah kenderaan pada 5.45 pagi.
"Hasil pemeriksaan lanjut dalam kenderaan tersebut telah menjumpai tujuh guni mengandungi 158 bungkusan plastik lutsinar yang mana setiap satunya dibaluti kertas putih mengandungi daun kering mampat disyaki dadah jenis ganja," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini hari ini.
Mohd Roze berkata dipercayai bekalan dadah itu untuk pasaran sebelah Selatan yang dianggarkan dapat memenuhi permintaan lebih kurang 16,000 penagih sekiranya terlepas jual di pasaran berkenaan.
"Ujian saringan urin lelaki ini didapati negatif dan dia juga mempunyai satu rekod kesalahan lampau jenayah. Untuk kes ini dia direman hingga 8 Dis dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Beliau berkata pihak polis meneruskan siasatan mengesan ahli-ahli sindiket lain yang berkemungkinan terlibat sama dengan lelaki berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Mohd Roze berkata polis menahan 13 individu termasuk tiga remaja bawah umur disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian secara langsung dalam talian (Live) di sebuah rumah teres di sini pada 25 Nov lepas.
Katanya, kesemua suspek terdiri daripada 10 lelaki dan tiga wanita berumur 16 hingga 64 tahun itu ditahan polis ketika sedang leka menjalankan aktiviti perjudiaan jenis dadu secara langsung itu pada 6.30 petang.
"Aktiviti perjudian ini menggunakan modus operandi perjudian secara Live menerusi aplikasi WeChat. Ini adalah modus operandi pertama dikesan dan berjaya ditumpaskan di negeri ini.
"Penganjur menjadikan rumah yang disewa sebagai tempat menjalankan aktiviti ini secara langsung tanpa kehadiran pemain dan akan berpindah jika kegiatan mereka dikesan pihak polis," katanya yang turut memaklumkan polis kini sedang mengesan seorang lelaki berusia 52 tahun dipercayai penganjur.
Beliau berkata semua transaksi wang pertaruhan dijalankan secara perbankan dalam talian dan jumlah pertaruhan dianggarkan RM10,000 hingga RM15,000 sehari dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 05 2021

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari berkata lelaki berusia 34 tahun yang beralamat di Segamat, Johor itu ditahan polis ketika berada dalam sebuah kenderaan pada 5.45 pagi. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Polis tahan tiga lelaki disyaki curi kabel di Nilai
Polis merampas segulung kabel hitam, dua alat pemotong kabel, batang besi, sabit, kereta, dan beberapa kunci semasa serbuan.

Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama
Along Cham menangis sebak, mahu bersihkan nama

Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.

Polis Johor selesai empat kes pecah rumah dengan penangkapan dua lelaki tempatan
Dua lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh enam jam selepas disyaki terlibat dalam kejadian pecah rumah di Taman Skudai Baru pada 21 Januari lepas.

Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.

'Pakar masak dadah' warga Hong Kong ditahan, kokain bernilai RM8 juta dirampas
Polis membongkar makmal pemprosesan dadah jenis kokain bernilai RM8 juta di Jalan Klang Lama dan Segambut susulan penahanan seorang lelaki warga Hong Kong.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.