BUKIT MERTAJAM : Polis menahan seorang lelaki dan merampas lima laras senapang raifal tiruan dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata lelaki berusia 25 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah.
Serbuan dibuat susulan laporan di terima mengenai tindakan lelaki itu yang dikatakan membeli senapang raifal tiruan jenis HK416 dan M16 di platform e-dagang sebelum menjual semula kepada sesiapa yang mahu membelinya.
Shafee berkata ketika serbuan di stor berkenaan terdapat seorang penjaga stor lelaki dan dia ditahan untuk tindakan selanjutnya.
"Selain senapang, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan dua botol minuman berkarbonat yang di dalamnya terdapat ketulan gel kecil," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Shafee, hasil siasatan ke atas suspek yang ditahan mendapati dia membeli raifal tiruan berkenaan melalui aplikasi e-dagang dan akan menjual semula.
Suspek dikatakan membeli senapang berkenaan sebelum diubah suai dan menjualnya pada harga berganda bagi mengaut keuntungan.
Difahamkan, suspek terbabit dalam kegiatan itu sejak Januari lalu dan memberi alasan tidak tahu ia menyalahi undang-undang.
Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Jul 04 2021

Polis menahan seorang lelaki dan merampas lima laras senapang raifal tiruan dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam. - Foto ihsan PDRM
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

Polis tahan buruh binaan, rampas senapang tiruan buatan sendiri
Polis menahan seorang buruh binaan dan merampas selaras senapang tiruan buatan sendiri dalam serbuan di sebuah kebun getah di Kampung Kubang Perun, Arau malam tadi.

Padah jadikan senjata tiruan sebagai koleksi, tiga lelaki ditahan di Ampang
Tiga lelaki ditahan selepas didapati memiliki koleksi pistol dan senapang tiruan yang dikumpul sebagai hobi dalam serbuan ke atas sebuah kereta di Taman Dato Ahmad Razali, Ampang di sini, semalam.

Polis tahan lelaki beli dan jual senapang tiruan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas lima laras senapang raifal tiruan dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang semalam.