Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di sebuah pondok dalam kebun berkenaan pada 11.15 malam.
"Setibanya di lokasi, lelaki itu didapati dalam keadaan mencurigakan di hadapan pondok itu. Polis kemudian membuat pemeriksaan menyeluruh dan menemukan senapang buatan sendiri yang disembunyikan di bawah lantai pondok.
"Polis turut menjumpai beberapa biji alas bebola di dalam botol disyaki digunakan sebagai peluru dan sebuah pemampat udara peti sejuk yang diubah suai, dipercayai digunakan untuk menambah tekanan angin senjata tiruan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki itu direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.
-- BERNAMA