Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata bayi berkenaan yang berlumuran darah bersama uri dijumpai pekerja pembersihan pada 4.51 petang.
Beliau berkata siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara sebaik laporan polis diterima sekali gus membawa kepada penahanan remaja itu di sekitar Tampoi pada 8.40 malam hari sama.
"Hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bayi tersebut berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima pemeriksaan lanjut di Hospital Sultanah Aminah, di sini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA