SHAH ALAM: Polis menahan 16 individu yang merupakan ahli keluarga kepada seorang lelaki tempatan yang mati akibat dipukul di rumah keluarganya di Ladang Baru Kelanang, Banting kira-kira 45 kilometer dari sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, kesemua individu termasuk lapan orang wanita berusia 17 hingga 60-an itu, ditahan sekitar pukul 1 hingga 3 pagi tadi, selepas mangsa dikatakan dipukul oleh beberapa orang ahli keluarganya iaitu ibu, ayah, adik-beradik dan saudara mara terdekat, semalam.
"Si mati merupakan seorang penganggur berusia awal 30-an. Kejadian berlaku pada 6.30 petang semalam, di mana mangsa dalam keadaan mabuk telah datang ke rumah keluarganya di Ladang Baru Kelanang. Si mati telah mengganggu dan memukul beberapa ahli keluarga, serta merosakkan kenderaan milik adiknya dengan memecahkan cermin kereta, menggunakan batu-bata.
"Berikutan itu, ahli keluarga yang berang dengan sikap si mati bertindak memukulnya menggunakan kayu, kerusi dan batu. Si mati telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dan dibawa oleh ambulans ke Hospital Banting, sebelum meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Ridhwan berkata susulan itu, pihaknya telah menahan 16 orang ahli keluarga mangsa di tempat kejadian di antara jam 1 hingga 3 pagi tadi untuk siasatan lanjut, dan polis turut merampas senjata kayu, batu dan kerusi yang digunakan, untuk mencederakan si mati.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bernama
Fri Jul 02 2021
Kesemua individu termasuk lapan orang wanita berusia 17 hingga 60-an itu, ditahan sekitar pukul 1 hingga 3 pagi tadi, selepas mangsa dikatakan dipukul oleh beberapa orang ahli keluarganya. - Gambar hiasan
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
Pelajar tingkatan empat hilang ditemui selamat
Seorang pelajar perempuan tingkatan empat dilaporkan hilang selepas tidak pulang dari sekolah di Jalan SS17 Subang Jaya di sini, pada Khamis sudah ditemui.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Penganggur disyaki dalang pembunuhan pereka dalaman dituduh esok
Seorang penganggur dipercayai dalang utama akan didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu berhubung pembunuhan seorang pereka dalaman.
Taman Angkat terbukti bantu polis cegah jenayah - Ravindar Singh
Program Rakan Kolaborasi Taman Angkat dengan kerjasama rakan kolaborasi dan masyarakat dilihat membantu polis dalam mengekang jenayah.
Aktiviti keganasan: Akta baharu mungkin perlu untuk keselamatan negara - PM Anwar
Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pasukan pertahanan seperti PDRM dan ATM, serta agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan, untuk menilai keperluan itu.
Dadah bernilai RM5.88 juta dirampas, penjaga stor dan 'runner' ditahan
Dengan hanya bekerja sebagai penjaga stor dan menjadi runner, tiga lelaki ini mampu meraih gaji bulanan antara RM3,000 dan RM3,000.
Berdepan cabaran keselamatan, ESSCOM pastikan negara kekal aman, selamat
Pengalaman negara berhadapan detik hitam pencerobohan pengganas bersenjata Sulu lebih 11 tahun lepas mengajar semua pihak betapa pentingnya mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Jangan tinjau, buat kandungan media sosial di kawasan tanah jerlus - Polis
Beliau telah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk menempatkan anggota berkawal di kawasan terbabit supaya kerja-kerja agensi lain tidak terganggu.
Bekas jururawat hilang, kali terakhir dilihat pertengahan Februari
Seorang bekas jururawat dilaporkan hilang dengan kali terakhir dilihat pada 16 Februari lalu.