Polis menahan 11 individu termasuk seorang wanita warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kes culik dua lelaki warga Bangladesh di Stesen Bas Butterworth, di sini pada 28 Januari lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata 11 individu termasuk lima lelaki tempatan dan lima lelaki warga Myanmar itu ditahan Isnin (1 Februari) lepas di beberapa lokasi di negeri ini dan Kedah.
"Dalam kejadian pukul 7 pagi 28 Januari lepas, dua lelaki warga Bangladesh berusia 24 dan 38 tahun itu sedang menunggu bas sebelum enam lelaki bertindak menculik mereka.
"Suspek kemudiannya menghubungi adik mangsa yang berusia 38 tahun pada 10 pagi hari sama dan meminta wang tebusan RM40,000 jika mahu adiknya dibebaskan dengan selamat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata adik mangsa yang dihubungi suspek, kebetulan pulang ke Bangladesh untuk bercuti dan dia telah menghubungi rakannya yang tinggal di Batu Ferringhi, dekat sini bagi membantunya.
Mohd Zakaria berkata rakan adik mangsa itu kemudiannya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dua lelaki berkenaan.
"Dalam masa yang sama keluarga mangsa telah membuat bayaran sebanyak RM12,000 kepada suspek yang menculik dua lelaki berkenaan," katanya.
Katanya selepas membayar wang tebusan itu, dua lelaki berkenaan dibebaskan pada Isnin lepas dengan ditinggalkan di kawasan hutan di Pinang Tunggal, Kepala Batas dekat sini.
Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan berdasarkan maklumat mereka, polis melancarkan operasi mengesan suspek.
Beliau berkata satu pasukan khas yang ditubuhkan polis berjaya mengesan beberapa suspek lelaki dan menahan mereka di beberapa lokasi di Pulau Pinang pada hari sama mangsa dibebaskan.
-- LAGI
"Polis turut menahan sebahagian lagi yang terlibat dalam kejadian itu di sekitar Sungai Petani, Kedah, termasuk wanita warga Indonesia itu, pada Isnin," katanya.
Mohd Zakaria berkata susulan penahanan mereka, polis merampas 12 buah telefon bimbit, sebuah kereta Perodua Kelisa, sebuah motosikal dan beberapa barangan peribadi suspek.
Semua suspek berusia 20 dan 40 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.
Beliau berkata polis juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian culik itu.
Bernama
Sat Feb 06 2016
Suspek menghubungi adik mangsa pada 10 pagi hari sama dan meminta wang tebusan RM40,000. - Gambar hiasan
Suami Syura melecur teruk akibat letupan tong gas
Suami kepada penyanyi Syura Badron, Muhammad Farizat Ismail, melecur teruk sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital akibat letupan tong gas.
“Saya tidak boleh jatuhkan hukuman dan bisik pada hakim” - Anwar
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata tidak campur tangan kes rasuah dan serahkan kepada peguam Negara. “Saya hanya boleh sebut siasat, ada kes siasat, saya tidak boleh campur siasatan” kata Anwar.
#AWANInews
#AWANInews
Dua budak perempuan mandi kolam ditemukan lemas
Dua kanak-kanak perempuan ditemukan mati lemas ketika mandi di kolam di Kampung Rungus Nahaba, Tamparuli, di sini pada Ahad.
Jumlah pengunjung melepasi sasaran
Pesta Regatta Lepa yang menutup tirai pada hujung minggu lalu telah melepasi sasaran jumlah pengunjung iaitu seramai 20,000.
Al-Sultan Abdullah titah wujudkan pasukan khas SAR di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah sebuah pasukan khas bagi operasi SAR perlu ditubuhkan di negeri ini terutamanya membabitkan kejadian lemas atau orang hilang.
Kes IPIC: Pihak pendakwaan tiada kawalan proses turun taraf dokumen sulit - TPR
Dokumen sulit berkenaan adalah bagi perbicaraan berhubung enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion terhadap Najib dan Mohd Irwan.
Sindiket seludup minuman keras Sabah tumpas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras bernilai lebih setengah juta ringgit dalam dua kes berasingan di Sepanggar dan Beaufort, pada Oktober.
Kementerian Komunikasi laksana kajian pembangunan, penubuhan jawatankuasa protem industri muzik
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan pelaksanaan Kajian Pembangunan Industri Muzik Malaysia (KPIMM) dan penubuhan Jawatankuasa Pro Tem Industri Muzik (JK-PTIM).
Hajiji gesa proses pentadbiran negeri diperkemas
Kementerian Pembangunan Luar Bandar diarahkan untuk memperkemaskan proses pentadbiran di semua pejabat daerah di negeri ini bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.
Sarawak lakukan kemajuan ketara dalam CCUS - Abang Johari
Sarawak sedang mencapai kemajuan ketara dalam pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) untuk meletakkan negeri itu sebagai pusat CCUS bagi rantau Asia Pasifik.
Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.
Kanak-kanak dalam video tular bukan mangsa cubaan culik tapi mangsa amang seksual - Polis
ACP Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.
Orang ramai perlu telus, jujur buat laporan orang hilang - Polis
Pengadu perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan.
20 pelajar perubatan diculik di Nigeria
Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo.
Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.