Polis sedang menyiasat kejadian Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris yang diserang sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), malam tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, polis memandang serius insiden itu dan akan memanggil pihak yang terlibat dalam masa terdekat.
Jelasnya, saksi dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil segera bagi membantu siasatan.
"Kita sedang menyiasat insiden ini mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
"Polis dalam pada itu menyeru orang ramai supaya tampil bagi membantu kita dalam siasatan kes," katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang Isnin, Wan Mohamad Azri atau dikenali sebagai Papagomo dikatakan dihampiri lebih 10 lelaki yang menuntutnya supaya meminta maaf atas tindakannya mengoyak kertas tertera gambar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
BACA: Papagomo cuba diserang sekumpulan lelaki di KKIA
BACA: Dakwa 'diserang' di KKIA, Papagomo buat laporan polis
Beliau dikatakan berbuat demikian ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis baru-baru ini.
Insiden tersebut berlarutan dengan sekumpulan lelaki dikatakan cuba bertindak agresif dan berlaku adegan tolak menolak sebelum dileraikan pihak polis.
Beberapa video turut diambil oleh orang awam yang secara kebetulan berada di KKIA, sebelum tular di laman sosial.
Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Loretto Padua menafikan pembabitan parti tersebut dalam insiden berkenaan.
Jelasnya, Warisan tidak menyokong anasir dan budaya samseng yang cuba dibawa ke negeri ini.
"Walaupun Papagomo menunjukkan aksi samsengnya sebelum ini sehinggakan menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pelbagai pihak, namun ini tidak bermakna kita perlu meletakkan maruah kita serendah beliau.
"Warisan tidak berkompromi dengan budaya samseng," katanya dalam satu kenyataan.
Ruzaini Zulkepli
Mon Jan 20 2020
![Polis siasat dakwaan Papagomo diserang di KKIA Polis siasat dakwaan Papagomo diserang di KKIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71557559213_OmarMammah.jpg)
OMAR: Polis menyeru orang ramai supaya tampil bagi membantu siasatan. - Gambar fail
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694408676_smartcity.jpg)
Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI
Prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686778902_RamliMohdNor.jpg)
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
AWANI Ringkas: Pan-Gon letak jawatan | Ini pandangan peribadi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Polis tahan tiga lelaki curi kabel di Shah Alam Polis tahan tiga lelaki curi kabel di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709192596_TBkpshahalamjp.jpg)
Polis tahan tiga lelaki curi kabel di Shah Alam
Polis percaya berjaya menyelesaikan kes kecurian kabel di sekitar Shah Alam dengan tertangkapnya tiga lelaki, semalam.
![Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41592811843_jail.jpg)
Juruteknik komputer terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 38 tahun
Seorang bekas juruteknik komputer sambilan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan pemenjaraan 38 tahun.
![Mekanik tikam tunang bekas isteri didakwa esok Mekanik tikam tunang bekas isteri didakwa esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709384725_razlam.jpg)
Mekanik tikam tunang bekas isteri didakwa esok
Seorang mekanik yang ditahan 10 Jun lepas kerana menikam tunang bekas isterinya di Taman Jade, Bukit Gambir akan didakwa di mahkamah esok.
![Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711552949_JSJKBukitAmanDat.jpg)
Polis tahan dalang sindiket kes wang dalam akaun hilang libatkan RM24.2 juta
Polis menahan seorang lelaki disyaki dalang sindiket yang terbabit dalam kes mengeluarkan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap melibatkan kerugian sebanyak RM24.2 juta.
![Warga Indonesia maut dalam pergaduhan di Kota Kinabalu Warga Indonesia maut dalam pergaduhan di Kota Kinabalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718034147_ACPKasimMuda.jpg)
Warga Indonesia maut dalam pergaduhan di Kota Kinabalu
Seorang warga Indonesia maut manakala rakan senegaranya cedera parah dalam satu pergaduhan dipercayai akibat perselisihan faham di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi tadi.
![Polis tahan lelaki burukkan, ubah suai gambar Setiausaha Kerajaan Kelantan Polis tahan lelaki burukkan, ubah suai gambar Setiausaha Kerajaan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717605440_TBZAKIHARUN.jpg)
Polis tahan lelaki burukkan, ubah suai gambar Setiausaha Kerajaan Kelantan
Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun kerana disyaki memburukkan nama kerajaan Kelantan dan mengubah suai gambar Setiausaha Kerajaan negeri itu dalam aplikasi TikTok.
![Pemuda dipenjara lapan bulan, denda 1,500 kerana curi beg sandang wanita sarat hamil Pemuda dipenjara lapan bulan, denda 1,500 kerana curi beg sandang wanita sarat hamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41622216345_PRISONJAIL.jpg)
Pemuda dipenjara lapan bulan, denda 1,500 kerana curi beg sandang wanita sarat hamil
Seorang pekerja sebuah syarikat penapis air yang mencuri beg sandang seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan dihukum penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
![Tiga keldai ditahan babitkan kerugian RM41,447.70 Tiga keldai ditahan babitkan kerugian RM41,447.70](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706785286_HandcuffGari.jpg)
Tiga keldai ditahan babitkan kerugian RM41,447.70
Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM41,447.70, dalam kejadian baru-baru ini.
![Petugas syarikat pengedar kurma antara tiga ditahan disyaki samun wang syarikat Petugas syarikat pengedar kurma antara tiga ditahan disyaki samun wang syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709286178_TBDATUKMOHAMEDUS.jpg)
Petugas syarikat pengedar kurma antara tiga ditahan disyaki samun wang syarikat
Polis menahan sepasang suami isteri dan seorang petugas syarikat pengedar kurma disyaki terlibat kes samun wang syarikat itu bernilai RM143,941 dalam kejadian di Simpang Ampat di Nibong Tebal dekat si
![Enam individu diambil keterangan, bantu siasatan kes ibu kelar anak - Ketua Polis Johor Enam individu diambil keterangan, bantu siasatan kes ibu kelar anak - Ketua Polis Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707752106_TBCPMKumar.jpg)
Enam individu diambil keterangan, bantu siasatan kes ibu kelar anak - Ketua Polis Johor
Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dikelar ibunya, di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, di sini pada Sabtu.