SHAH ALAM: Polis percaya berjaya menyelesaikan kes kecurian kabel di sekitar Shah Alam dengan tertangkapnya tiga lelaki, semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya mengesan ketiga-tiga suspek berumur 23 hingga 38 tahun itu yang sedang menaiki sebuah lori dalam keadaan mencurigakan sekitar 4.40 pagi di Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14 di sini.
Beliau berkata mereka bertindak memecut kenderaan tersebut apabila diarahkan berhenti oleh polis lalu dikejar unit peronda polis (MPV) sejauh lima kilometer sebelum berjaya ditahan.
"Suspek berjaya ditahan di bahu Jalan Persiaran Masjid dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 13 potong kabel bersaiz dua inci, panjang lebih kurang lapan hingga 12 kaki yang telah dipotong ditemukan di bahagian belakang kenderaan.
"Ketiga-tiga suspek yang turut memiliki rekod jenayah dan dadah itu mengaku telah mencuri kabel tersebut di sekitar tepi jalan Seksyen 3 Shah Alam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Iqbal berkata mereka juga positif dadah jenis Methaphetamine dan ditahan reman bermula semalam hingga Jumaat ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024

Mohd Iqbal berkata pihaknya mengesan ketiga-tiga suspek berumur 23 hingga 38 tahun itu yang sedang menaiki sebuah lori dalam keadaan mencurigakan sekitar 4.40 pagi di Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.

MPV rempuh lima kenderaan, seorang penunggang motosikal maut
Siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kenderaan telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan.

Siasatan kes kemalangan dua beradik maut di Ipoh masih berjalan - Polis
Polis sudah memperoleh bukti menerusi rakaman kamera papan pemuka berhubung insiden dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan MPV di Jalan Pasir Puteh.

Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.

Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.

8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler.

MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan
Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di Johor Bahru.

Banjir: Lima sekeluarga berdepan detik cemas kenderaan dinaiki dihanyutkan arus deras
Kesemua mereka, yang berumur empat hingga 40-an itu, dalam perjalanan dari Jelai ke Bukit Rokan sebelum diselamatkan.

Tiga lelaki curi kabel TM ditahan selepas larikan diri 60 kilometer
Tiga lelaki yang disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) berjaya ditahan manakala seorang lagi lolos setelah melarikan diri sejauh 60 kilometer (km) apabila dikejar oleh anggota polis.

Remaja maut terperosok bawah MPV di Tambun
Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah MPV di Bandar Baru Tambun, awal pagi ini.