Polis Selangor berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan merampas dadah jenis syabu seberat 556.2 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM27.8 juta dalam satu serbuan di Subang Jaya dekat sini, Jumaat lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata dalam serbuan pada kira-kira pukul 3 petang di sebuah rumah teres dua tingkat di Subang Mewah, Subang Jaya, pihaknya turut menahan dua penjaga rumah berkenaan yang dipercayai anggota sindiket.
"Dalam serbuan itu polis menjumpai sebanyak 87.55 kg dadah jenis syabu disimpan dalam 85 bungkusan teh cina di ruang tamu rumah berkenaan.
"Soal siasat kami terhadap dua suspek itu kemudian membawa kepada penemuan sebanyak 468.65 kg dadah jenis syabu yang disimpan dalam 455 bungkusan teh cina yang disembunyikan dalam sebuah kereta MPV jenis Proton Exora yang diletakkan di ruang letak kereta rumah berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
"Polis turut menyita kereta berkenaan yang didapati disewa oleh sindiket berkenaan," katanya.
Noor Azam berkata siasatan awal pihaknya mendapati sindiket berkenaan mula bergerak aktif sejak tiga bulan lepas dan baru sahaja menyewa rumah berkenaan pada 18 hari lepas dan mendapat bekalan dadah dari kawasan segitiga emas yang meliputi bahagian Myammar, Laos dan Thailand.
"Kami percaya dadah yang dirampas ini adalah untuk pasaran tempatan sekitar Lembah Klang dan Johor serta untuk di eksport ke luar negara antaranya ke Indonesia dan Jepun," katanya.
Beliau berkata kedua-dua suspek lelaki tempatan berusia 18 tahun dan 28 tahun direman sehingga 28 Jun bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Difahamkan nilai pasaran bagi syabu yang disimpan dalam satu bungkusan teh cina seberat kira-kira satu kg berharga RM50,000 untuk pasaran tempatan dan mampu mencecah RM100,000 di pasaran antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2019
Noor Azam (tiga, kanan) menunjukkan sebahagian daripada syabu yang dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor di kawasan Subang Jaya pada sidang media di IPK Selangor, Shah Alam, hari ini. --fotoBERNAMA
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan meyakinkan malam ini
Empat peserta akan mempertaruhkan kombinasi lagu, dinamika persembahan dan interaksi memukau demi memikat hati juri.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Insiden buli UPNM, suspek tekap sterika didakwa hari ini
#AWANInews #AWANIpagi
Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Insiden buli UPNM, suspek tekap sterika didakwa hari ini
#AWANInews #AWANIpagi
ACL2: Muangthong United berpesta jaringan ke atas Cebu
Poramet Arjivirai paling menyerlah dengan jaringan hatrik, sambil Felicio Brown Forbes dan Kakana Khamyok turut hasilkan jaringan berganda.
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Dua beranak maut ditikam: 'Suspek bukan kekasih mangsa' - Keluarga
Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, suspek bukan kekasih mangsa seperti yang ditular di media sosial.
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Asia Barat, tekan Hamas - Pakar
Presiden Terpilih AS, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Asia Barat.
Perancis tuntut penjelasan PSG terkait sepanduk pro-Palestin
Perancis pada Khamis menuntut penjelasan daripada Paris Saint-Germain (PSG), kelab bolasepak terkemuka negara itu, berikutan paparan sepanduk pro-Palestin yang dianggap "tidak boleh diterima", oleh para penyokong semasa perlawanan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
Menteri Dalam Negeri Bruno Retailleau dalam kenyataan di X berkata, beliau meminta
PSG memberikan penjelasan dan kelab-kelab supaya memastikan politik tidak merosakkan sukan, yang sepatutnya menjadi sumber penyatuan.
Gunung Marapi meletus lagi, penduduk diminta berwaspada
Gunung Marapi di Sumatera Barat kembali mletus dan menghamburkan debu dan batu panas sekitar 800 meter dari puncaknya sejak semalam.
Salji pertama landa wilayah Al-Jawf, Arab Saudi
Wilayah Al-Jawf di Arab Saudi mengalami salji pertama, sekali gus menukar landskap gurun gersang kepada 'kawasan ajaib' musim sejuk.
Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara teluk itu.
Fenomena luar biasa itu berlaku selepas hujan lebat berterusan dan hujan batu yang melanda seluruh negara teluk itu.
SIRIM lancar inisiatif perkasa amalan ESG dalam industri
SIRIM Berhad (SIRIM) hari ini melancarkan 'SIRIM ESG Holistic Ecosystem', satu inisiatif yang bertujuan menyokong dan mempercepat amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan industri Malaysia.
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
Kematian Liam Payne: Bedah siasat temui pelbagai jenis dadah - Sumber
Payne sebelum ini pernah mendedahkan bergelut dengan penyalahgunaan dadah dan tekanan.
Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.
Perancis: Remaja ditikam 50 kali, dibakar hidup-hidup
Marseille, bandar kedua terbesar di Perancis, adalah salah satu kota termiskin yang turut dicemari insiden keganasan berkaitan dadah.
Jumpa pistol, dadah: Yusoff Rawther dibawa ke mahkamah
Peguamnya berkata, Muhammed Yusoff akan didakwa berhubung penemuan senjata dan dadah.
Rakyat Malaysia disyaki seludup dadah ditahan di Singapura
Menurut CNB Singapura, lelaki itu ditahan di sekitar Chin Swee Road dalam satu operasi yang dijalankan pada malam Isnin.