KOTA KINABALU: Tahap keselamatan antara sempadan tiga negara Kepulauan Borneo ini akan terus menjadi jaminan utama pihak Polis Sabah.
Lebih-lebih lagi dengan rancangan Indonesia yang bakal menempatkan ibu negara baharunya di Kalimantan menerusi sebuah projek mega yang berterusan sehingga tahun 2045.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, untuk itu, satu batalion polis baharu akan dicadangkan dalam memastikan tahap keselamatan sama ada perairan atau persempadan terus terjamin.
"Berkaitan keselamatan persempadanan di antara Malaysia (Sabah), khususnya di Kalimantan di mana (sebuah lokasi di) Kalimantan akan dibangunkan sebagai ibu negara Indonesia dan memang kita tidak nafikan memang wujud ancaman baharu di antara sempadan.
"Yang penting sekali ancaman berkaitan penyeludupan iaitu penyeludupan contraband (barang terlarang) dan kes-kes penyeludupan manusia. Apabila nanti tahun 2045, pembangunan ibu kota Indonesia akan siap sepenuhnya dan dijangka lebih 100 juta penduduk daripada Pulau Jawa akan dibawa masuk ke Kalimantan.
"Ini akan membawa isu baharu, masalah baharu dan (mengancam) kedaulatan negara kita. Kita telah merancang dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM pusat untuk mewujudkan batalion baharu dan briged baharu di sempadan baharu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Kota Kinabalu hari ini.
Mengulas lanjut, Hazani mendedahkan, batalion berkenaan dijangka diwujudkan di kawasan pedalaman Sabah iaitu daerah Pensiangan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari sempadan daratan Kalimantan, Republik Indonesia.
"Pihak ATM juga akan mewujudkan briged sempadan antara Kalimantan dan Sabah.
"Saya akan mencadangkan satu batilion baharu di kawasan pedalaman khususnya di kawasan Pensiangan," katanya lagi.
Untuk rekod, Indonesia kini dalam perancangan memindahkan pusat pentadbiran negara itu dari Jakarta ke sebuah tapak baharu di Kalimantan.
Sabah merupakan salah sebuah negeri yang sentiasa menjadi sasaran ancaman jenayah termasuklah insiden membabitkan jenayah rentas sempadan, penculikan, penyeludupan dan lain-lain berikutan faktor geografinya yang berdekatan dengan sempadan tiga negara Borneo iaitu Indonesia, Filipina dan Brunei.
Ruzaini Zulkepli, Junaidi Ladjana
Tue Mar 23 2021

HAZANI: Batalion berkenaan dijangka diwujudkan di kawasan pedalaman Sabah iaitu daerah Pensiangan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari sempadan daratan Kalimantan, Republik Indonesia. - Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Polis berjaya pastikan dua perhimpunan di Sabah berlangsung aman
Kecekapan pihak polis mengawal perhimpunan Gempur Rasuah Sabah dan Himpunan Bangkit Sabahan yang berlangsung serentak, berjaya memastikan kedua-dua perhimpunan itu berlangsung dalam keadaan aman.

Jangan jadi tali barut pengganas - Jauteh
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun hari ini mengingatkan semua pihak termasuk anggota polis dan pegawai kerajaan supaya tidak menjadi tali barut kepada kumpulan pengganas.

Panik, tamak antara punca mangsa jenayah scam semakin meningkat
Lebih 1,000 mangsa scam direkodkan dari Januari hingga November lepas di Sabah melibatkan jumlah kerugian mencecah puluhan juta ringgit.

PRU15: 10 kawasan panas dipantau polis Kontinjen Sabah
Polis Kontinjen Sabah mengenal pasti 10 kawasan panas di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjutkan hingga 23 Ogos
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 23 Ogos ini.

Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 8 Ogos
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 8 Ogos ini.

Perintah berkurung di perairan ESSZone lanjut hingga 7 Julai
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 9 Julai ini.

Kawasan keselamatan ESSZone akan disemak semula - Pesuruhjaya Polis Sabah
Kawasan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) akan disemak semula bagi meningkatkan keberkesanan kawalan keselamatan terutama di kawasan perairan.

Polis Sabah rampas 8,270 karton rokok seludup
Semua rokok berkenaan yang dipercayai diseludup masuk dianggarkan bernilai RM91,580 berdasarkan harga pasaran semasa.

Idris ganti Hazani kemudi Polis Kontinjen Sabah
Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Idris Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah baharu berkuatkuasa hari ini.