KOTA KINABALU: Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Idris Abdullah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah baharu berkuatkuasa hari ini.
Pelantikan beliau bagi menggantikan Datuk Hazani Ghazali yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).
Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kota Kinabalu dengan disaksikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
Acryl Sani berkata, pelantikan Idris sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah baharu dilihat bertepatan memandangkan beliau seorang pegawai yang berpengalaman daripada aspek siasatan jenayah.
"Saya juga merasa sangat yakin bahawa beliau dapat menggalas tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang akan disokong padu oleh semua pegawai dan anggota warga Sabah termasuklah Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam usaha kita untuk memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman di Sabah dapat kita kekalkan," katanya.
BACA: Polis kesan kumpulan ajaran sesat PMYT dipimpin Sittah Annur
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis serah terima tugas di Auditorium IPK Sabah.
Selain itu, Acryl menjelaskan, Jabatan KDNKA merupakan entiti penting dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dan berpandangan bahawa Hazani merupakan calon yang sesuai menjawat jawatan itu.
"Ini menjadikan tugas-tugas di KDNKA dapat ditingkatkan dan lebih cemerlang. Seperti mana kita sedia maklum bahawa dengan suasana negara kita bukan sahaja dilanda dengan pandemik COVID-19, tetapi kita juga berhadapan dengan ancaman dan cabaran di kawasan persempadanan termasuk kemasukan elemen warga asing yang mungkin akan menjejaskan lagi usaha kerajaan dalam mengawal merebaknya wabak COVID-19.
"Selain itu juga kita yakin dan percaya bahawa beliau (Hazani) akan dapat berikan fokus kepada ancaman yang berbentuk subversif, ancaman berbentuk jenayah rentas sempadan yang kita sendiri sedia maklum bahawa negara kita ini mempunyai sempadan yang sangat terbuka," katanya.
Eleanor Michelle Patrick
Thu Sep 02 2021

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kota Kinabalu dengan disaksikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

PDRM tumpas sindiket seludup rokok dan minuman keras, rampasan bernilai lebih RM98 juta
Hasil serbuan itu, polis menahan lapan lelaki terdiri daripada tujuh rakyat tempatan dan seorang warga asing.

KDN lantik Hazani ketuai MCBA
Hazani menjadi ketua pengarah pertama kerana bertanggungjawab menubuhkan Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Barangan bernilai hampir RM1 bilion berjaya dirampas tahun ini - JKDNKA
Rampasan melibatkan makanan sejuk beku, ubat-ubatan palsu serta barangan tidak berkastam, hidupan liar dan pelbagai barangan kawalan.

Khidmat Unit Anjing Pengesan FRU diaktifkan tahun depan
Khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) yang akan digunakan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi penugasan di kawasan rusuhan bakal dilaksanakan awal tahun depan.

Pengarah KDNKA Bukit Aman beri amaran, tiada kompromi anggota terlibat rasuah, dadah
Hazani berkata, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan rasuah dan dadah.

FRU akan guna khidmat anjing pengesan K9 di kawasan rusuhan
FRU diberi kelulusan untuk mendapatkan 10 ekor anjing K9 atau 'anjing rusuhan' bertujuan mengawal ketenteraman.

PRU15: Polis terima 3,417 laporan di seluruh negara - Hazani
Sebanyak 3,417 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula dari 4 Nov hingga pascapilihan raya semalam.

PRU15: Beri kerjasama, elak provokasi ketika penamaan calon - PDRM
Selain 31,183 petugas beruniform dan tidak beruniform, PDRM juga akan menggerakkan aset dron bagi menjalankan pemantauan.

Datuk Seri Hazani Ghazali dilantik Pengarah Operasi PDRM untuk PRU15
Acryl Sani berharap semua Jabatan termasuk KDNKA menjalankan tugas menjaga keselamatan masyarakat dan ketenteraman awam.

Kelayakan Piala Asia 2023: Polis tingkat kawalan keselamatan
Menjelang perlawanan yang dijangka dihadiri 85,000 penonton itu, pihaknya juga akan memastikan SOP ditetapkan dipatuhi.