GEORGE TOWN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Pulau Pinang selepas menahan dua nelayan dalam dua serbuan di Tanjung Bungah, di sini, pada Sabtu lepas.
Dalam serbuan itu, polis merampas lebih setengah tan dadah jenis ganja bernilai RM1.4 juta membabitkan sebanyak 564 ketulan mampat ganja seberat kira-kira 573 kilogram (kg).
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Soffian Santong berkata, operasi bermula dengan penahanan lelaki berusia 54 tahun di sebuah pondok nelayan di pesisir pantai Tanjung Bungah kira-kira pukul 1.40 pagi sebelum membuat tangkapan kedua kira-kira 15 minit kemudian.
Katanya, suspek kedua, lelaki berusia 58 tahun ditahan dengan bantuan polis marin kira-kira 600 meter dari pantai ketika dia menghampiri pesisir pantai dengan sebuah bot.
Tambah Soffian, siasatan polis mendapati, dadah terbabit diperolehi suspek dari negara jiran menerusi jalan laut.
Katanya, sindiket ini dipercayai aktif dalam kegiatan itu sejak Julai lalu dengan suspek berusia 58 tahun merupakan dalang pengedaran dadah tersebut bagi pasaran tempatan di negeri ini.
Hasil pemeriksaan mendapati, terdapat 11 karung guni mengandungi 321 ketulan mampat ganja seberat 327 kg bernilai kira-kira RM818,000 di dalam bot itu.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini, hari ini, Soffian berkata, kedua-dua suspek didapati mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah, namun, keduanya negatif ujian saringan awal air kencing.
Selain dadah, polis turut menyita sebuah bot nelayan bersama enjin yang dianggarkan bernilai RM93,000 pada operasi terbabit.
Kedua-dua suspek direman sehingga 28 Oktober depan bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta
Dadah Berbahaya 1952.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Oct 26 2022

ACP Soffian Santong (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada 564 ketulan mampat ganja seberat kira-kira 573 kilogram yang dirampas kepada wartawan dalam sidang media di George Town, hari ini. - Gambar Astro AWANI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Polis rampas ganja bernilai RM1.4 juta di Pulau Pinang
Nelayan berusia 58 tahun dipercayai dalang pengedaran dadah di negeri ini ditahan di Tanjung Bungah bersama seorang lagi rakannya.