GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berjaya menumpaskan kumpulan jenayah terancang disyaki aktif dalam kegiatan pengedaran dadah, jenayah dan pemilikan senjata api selepas menahan 11 warga tempatan termasuk seorang warga emas dalam siri serbuan di sekitar negeri itu pada 24 Mei lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri dengan dibantu Bahagian Jenayah Terancang (D14), JSJ Bukit Aman melancarkan Op Cantas Tanjung III sebelum menahan sembilan lelaki dan dua wanita yang kesemuanya berusia 29 hingga 61 tahun itu dalam operasi bermula 12 tengah hari.
"Susulan penahanan mereka, pasukan bahagian Siasatan Khas (D9) JSJ Pulau Pinang pada 1 tengah hari, 26 Mei telah menyerbu sebuah kebun durian di Teluk Bahang, dekat sini dan merampas dua pucuk pistol semi auto jenis Glock dan Beretta bersama 90 butir peluru hidup serta sebutir bom tangan yang disembunyikan di situ oleh kumpulan tersebut.
"Polis telah menghantar senjata api yang dirampas untuk pemeriksaan lanjut dan ujian balistik bagi melihat sekiranya ada kaitan dengan mana-mana kes jenayah lain. Pemeriksaan juga mendapati bom tangan tersebut masih aktif dan ia telah diletupkan di kawasan kebun berkenaan yang terletak di atas bukit, kira-kira dua kilometer dari jalan besar itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya kumpulan tersebut menjadikan kebun milik seorang daripada mereka itu sebagai tempat menyimpan pelbagai senjata api yang digunakan mereka untuk kegiatan pengedaran dadah ke negara jiran dan jenayah.
Mohd Shuhaily berkata berdasarkan siasatan, kumpulan tersebut yang diketuai seorang lelaki berusia 54 tahun yang telah ditahan pada Mac tahun lepas dan ketika ini berada di penjara masih aktif menjalankan kegiatan penyeludupan serta pengedaran dadah ke negara jiran serta jenayah lain di negeri ini sejak tahun lepas.
Katanya semua 11 individu yang ditahan itu kini direman di bawah Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA selama 28 hari mulai 24 Mei hingga 21 Jun ini.
Menurutnya mereka turut turut disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 serta Seksyen 130 V Kanun Keseksaan kerana menganggotai sebuah kumpulan jenayah terancang.
"Polis percaya dengan penahanan 11 individu berkenaan kami telah berjaya menumpaskan kumpulan jenayah terancang tersebut yang terdahulu pada Mac dan November lepas kami telah menahan empat lelaki termasuk ketuanya iaitu pengusaha sukan air di Batu Ferringhi itu.
"Secara keseluruhannya polis merampas enam pucuk senjata api dan 185 butir peluru serta turut merampas 158 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM5.6 juta yang ada kaitan dengan kumpulan tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
![Polis P. Pinang tumpas kumpulan jenayah terancang, tahan 11 suspek Polis P. Pinang tumpas kumpulan jenayah terancang, tahan 11 suspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654151698_DatukMohdShuhaily.jpg)
Polis turut merampas dua pucuk pistol semi auto jenis Glock dan Beretta bersama 90 butir peluru hidup serta sebutir bom tangan. - Bernama
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
![PRK Sungai Bakap: Jangan bimbang keselamatan - Polis PRK Sungai Bakap: Jangan bimbang keselamatan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720166085_TBPRKSgBakap.jpg)
PRK Sungai Bakap: Jangan bimbang keselamatan - Polis
Pengundi DUN Sungai Bakap tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu esok kerana keadaan keselamatan berada di tahap paling baik.
![12 individu, penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dipanggil rakam keterangan 12 individu, penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dipanggil rakam keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719729286_TBRusdiMohdIsa.jpg)
12 individu, penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dipanggil rakam keterangan
Seramai 12 individu termasuk penganjur akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung himpunan 'Demo Rakyat Lawan Anwar' di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
![Polis Maldives tahan Timbalan Menteri didakwa terlibat dengan ilmu hitam Polis Maldives tahan Timbalan Menteri didakwa terlibat dengan ilmu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719584470_FathimathShamnazAl.jpg)
Polis Maldives tahan Timbalan Menteri didakwa terlibat dengan ilmu hitam
Fathimath Shamnaz Ali Saleem dan dua individu lain ditahan pada Ahad di ibu negara Male dan direman selama tujuh hari.
![Polis tumpas geng pecah rumah didalangi warga Amerika Latin, rampas barangan lebih RM4 juta Polis tumpas geng pecah rumah didalangi warga Amerika Latin, rampas barangan lebih RM4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis tumpas geng pecah rumah didalangi warga Amerika Latin, rampas barangan lebih RM4 juta
Tangkapan itu susulan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan di Bukit Damansara yang kerugian kira-kira RM7 juta pada 31 Mei lepas.
![Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024 Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
![489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari 489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719397319_TBCYBERSECURITYA.jpg)
489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari
Sebanyak 25 individu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.
![Geng pecah rumah warga asing tumpas Geng pecah rumah warga asing tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719288646_LelakiPecahRumah.jpg)
Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.
![Kaki judi EURO 2024 dicekup Kaki judi EURO 2024 dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718922352_KakijudiEuro.jpg)
Kaki judi EURO 2024 dicekup
Lelaki tempatan berusia 42 dan 47 tahun itu ditahan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 pagi Khamis.
![Mekanik warga emas rugi RM17,220 terperdaya iklan palsu jualan MPV Mekanik warga emas rugi RM17,220 terperdaya iklan palsu jualan MPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718724001_scmageneric.jpg)
Mekanik warga emas rugi RM17,220 terperdaya iklan palsu jualan MPV
Mangsa yang membuat laporan polis semalam mendakwa telah membuat bayaran ke dalam dua akaun bank tempatan yang diberikan seorang suspek.
![Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718723302_justintimberlake.jpg)
Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York
Timberlake dihadapkan ke mahkamah pada Selasa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.