Persatuan pemandu teksi diingatkan supaya tidak melakukan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam semasa mengadakan perjumpaan di pejabat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) di sini, pagi ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya menerima maklumat mengenai perjumpaan itu yang dikatakan bagi tujuan membincangkan isu perkhidmatan e-teksi seperti Grab pada pukul 11 pagi.
"Sebelum ini, kumpulan ini pernah merancang untuk mengadakan perhimpunan di Parlimen pada hari Rabu lepas untuk membantah perkhidmatan Grab dan lain-lain isu tetapi dibatalkan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mazlan berkata pihaknya bersiap sedia dan akan mengatur tugas-tugas kawalan keselamatan serta lalulintas di kawasan yang terbabit.
"Polis Kuala Lumpur juga menasihati agar mereka ini tidak membuat kacau dan mengganggu ketenteraman awam, ancaman keselamatan serta menghalang lalulintas. Polis akan megambil tindakan tegas jika perkara-perkara yang dinyatakan berlaku," katanya.
BACA: 'Jangan meroyan kalau orang pilih Grab dari teksi'
Ahad lepas, majlis perjumpaan Dr Mahathir bersama persatuan pemandu teksi di Langkawi menjadi kecoh seketika apabila beberapa orang anggota persatuan bertindak keluar majlis dan berteriak kerana tidak setuju dengan pandangan beliau berhubung perkhidmatan Grab.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 23 2018
Mazlan berkata pihaknya bersiap sedia dan akan mengatur tugas-tugas kawalan keselamatan serta lalulintas di kawasan yang terbabit. - Gambar fail
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
Rusuhan London: Kanak-kanak seawal usia 12 tahun dijadual ke mahkamah
Turut hadir, isteri seorang Ahli Majlis Konservatif yang dituduh menggalakkan orang ramai menyerang hotel yang menempatkan pencari suaka.
Perintah berkurung, pemadaman internet, rondaan tentera diteruskan di Bangladesh
Dalam arahan baharu, kerajaan Bangladesh telah melanjutkan perintah berkurung sehingga Khamis.
Insiden Capitol: Setiausaha Pengangkutan AS Elaine Chao letak jawatan
Beliau anggota kabinet pertama pentadbiran Presiden Donald Trump yang melepaskan jawatan susulan insiden pada Rabu itu.
14 maut dalam serangan sekumpulan lelaki bersenjata ke atas gereja di Burkina Faso
Kira-kira 21 orang terbunuh dalam serangan yang menyasarkan penganut Kristian sejak Februari.
Zakir Naik: Mapim harap kerajaan tidak terpengaruh desakan bukan Islam
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, antara desakan itu datangnya daripada pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang menyokong Zakir Naik meninggalkan Malaysia secara sukarela.
PRK Sandakan: Terbuka terima keputusan, jangan cetus kekacauan - Polis
Menghormati keputusan yang akan diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah perlu sebagai menjaga hak demokrasi di negara ini sekali gus mematuhi undang-undang sedia ada.
Polis nasihat persatuan pemandu teksi tidak timbulkan kekecohan di MYCC
Polis Kuala Lumpur menerima maklumat mengenai perjumpaan itu yang dikatakan bagi tujuan membincangkan isu perkhidmatan e-teksi seperti Grab pada pukul 11 pagi.
Lebih 21 lokasi panas di Alor Setar dipantau polis
Sejumlah 21 lokasi panas dikenal pasti di Parlimen Alor Setar yang perlu diberi perhatian khusus sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Anda diperhatikan, jangan timbul kekecohan pada PRU14 - KP Terengganu
Amaran Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail kepada lebih 80 individu yang berisiko menimbulkan ketegangan sepanjang tempoh itu.