DHAKA: Perintah berkurung, pemadaman Internet dan rondaan tentera diteruskan pada Selasa untuk meredakan kekacauan yang telah meragut sekurang-kurangnya 187 nyawa di seluruh Bangladesh berhubung pembaharuan dalam pekerjaan awam.
Dalam arahan baharu, kerajaan telah melanjutkan perintah berkurung sehingga Khamis, menurut laporan Agensi Anadolu. Perintah berkurung dikenakan bersama dengan penempatan tentera, pada malam Jumaat lepas.
Selaras dengan keputusan mahkamah tertinggi, kerajaan mengeluarkan pemberitahuan warta pada malam Isnin yang mengurangkan kuota kepada tujuh peratus daripada 56 peratus dalam pekerjaan awam.
Pelajar yang membantah, yang memberikan tempoh 48 jam untuk memulihkan keadaan, berkata dalam satu kenyataan bahawa mereka akan memberi respons kepada kerajaan selepas keadaan pulih.
Protes pelajar bertukar ganas selepas polis dan anggota parti pemerintah Awami League didakwa melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan minggu lepas.
Inspektor pos polis Hospital Kolej Perubatan Dhaka Md Bachchu Mia, memberitahu Anadolu bahawa secara purata 70 hingga 80 pelajar dan orang awam dimasukkan ke hospital setiap hari sejak Selasa lalu.
Sekurang-kurangnya 187 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera sejak Selasa minggu lepas. Daripada jumlah itu, 13 meninggal dunia di hospital pada Isnin, lapor akhbar nasional Prothom Alo pada Selasa.
Sementara itu, pemimpin perniagaan, semasa mesyuarat dengan Perdana Menteri Sheikh Hasina pada Isnin, menyifatkan pemotongan perkhidmatan Internet sepenuhnya boleh melumpuhkan perniagaan.
Mereka menyatakan sokongan kepada perdana menteri dan menuntut pemulihan segera perkhidmatan digital itu.
Dilaporkan bahawa perdana menteri, bagaimanapun, berkata perintah berkurung dan pemadaman Internet akan diteruskan sehingga keadaan bertambah baik.
Protes meningkat di Asia Selatan sejak minggu lepas terhadap sistem kuota 56 peratus, dengan kerajaan menutup institusi pendidikan sebagai respons kepada kekacauan itu.
Sebanyak 30 peratus daripada 56 peratus kuota dalam pekerjaan awam diperuntukkan kepada saudara-mara veteran perang kemerdekaan.
Bagaimanapun, mahkamah tertinggi negara itu pada Ahad mengarahkan kerajaan mengurangkan kuota kepada tujuh peratus, termasuk lima peratus untuk keturunan veteran perang.
Disebabkan pemadaman Internet sejak Khamis lepas, aliran maklumat dari Bangladesh telah berkurangan manakala kebanyakan media tempatan tidak dapat mengemas kini laman web mereka.
Perkhidmatan Internet jalur lebar dijangka dipulihkan pada malam Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Anggota Tentera Bangladesh berkawal pada hari kedua perintah berkurung, ketika keganasan meletus di beberapa bahagian negara itu susulan protes terhadap pekerjaan awam, di Dhaka, Bangladesh, 21 Julai 2024. - REUTERS
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.

Penunjuk perasaan Bangladesh bakar, roboh kediaman keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Kediaman Dhanmondi 32 di Dhaka mula runtuh akibat hentaman jentolak lewat malam Rabu, selepas kebakaran tercetus di tingkat tiga bangunan itu pada sebelah malamnya.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.

Polis tahan buruh binaan disyaki bunuh wanita akibat cemburu
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata lelaki berumur 23 tahun itu ditahan di Putrajaya pada 4.30 petang semalam.

Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.

Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.

Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.

60,000 lagi Rohingya masuk Bangladesh di tengah konflik memuncak di Myanmar
Berikutan konflik yang semakin meruncing antara kerajaan junta dan Tentera Arakan di Myanmar, kira-kira 60,000 pelarian Rohingya dilaporkan memasuki Bangladesh dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini.

Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.