Polis meminta semua calon dan penyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan pada hari ini untuk menerima keputusan pengundian dengan hati yang terbuka.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, orang ramai terutamanya mereka yang berkait rapat dengan perjalanan PRK Sandakan ini adalah dinasihatkan supaya tidak mencetus kekacauan atau gangguan yang mampu menggangu kententeraman awam.
Beliau turut berkata, menghormati keputusan yang akan diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah perlu sebagai menjaga hak demokrasi di negara ini sekali gus mematuhi undang-undang sedia ada.
"Selepas daripada ini proses penyerahan undi akan dijalankan dan selepas itu pengumuman akan dibuar oleh pihak SPR siapa pemenang kepada PRK ini.
"Saya minta kepada semua penyokong, kepada calon-calon yang bertanding juga supaya menerima keputusan pilihan raya yang bakal diumumkan nanti.
"Jangan menunjukkan sebarang ketidakpuashatian nanti sehingga boleh menimbulkan kekacauan dan gangguan kepada masyarakat di Sandakan, harus menerima dengan hati terbuka dan menghormati undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengulas mengenai status perkembangan terkini PRK Sandakan, petang tadi di Dewan Aktiviti SMJK Tiong Hua, Sandakan.
Mengulas lanjut mengenai tahap keselamatan sepanjang proses pengundian pada hari ini, Omar berkata, pihaknya amat berterima kasih dengan kerjasama masyarakat di Sandakan berikutan tiada sebarang insiden berlaku dilaporkan.
Jelasnya lagi, polis turut menafikan faktor keselamatan menjadi punca jumlah peratusan yang keluar mengundi setakat jam 4 petang tadi hanya mencecah 51 peratus.
Ini berikutan tiada sebarang kes atau kejadian yang buruk berlaku sepanjang proses pengundian dijalankan pada hari ini.
Ruzaini Zulkepli
Sat May 11 2019

Omar (tengah) pada sidang media mengenai status perkembangan terkini PRK Sandakan, di Dewan Aktiviti SMJK Tiong Hua, Sandakan, 11 Mei, 2019. - Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.

Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.

Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS
Beberapa peralihan kerajaan secara teratur tanpa sebarang rusuhan membuktikan kebijaksanaan sistem demokrasi di Malaysia.

Muhammad Yunus insan penuh belas kasihan yang dunia perlukan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh Dr Muhammad Yunus sebagai insan yang penuh belas kasihan yang dunia perlukan.

#PeringatanDarurat: 'Ini bukan negara milik keluarga tertentu' - Aktor Indonesia Reza Rahadian ikut protes jalanan
Terdahulu, Mahkamah Konstitusi (MK) memutuskan mengubah had usia pencalonan kepala daerah yang dicadangkan oleh Parti Buruh dan Gelora.

'Demokrasi AS berakhir jika saya tewas pilihan raya' - Trump
Trump memberitahu penyokongnya jika beliau tidak memenangi pilihan raya, ia bermakna kemungkinan demokrasi AS akan berakhir.

Indeks Demokrasi: Malaysia rekod skor tertinggi dalam kalangan negara ASEAN
Malaysia tersenarai sebagai negara dengan indeks demokrasi tertinggi di Asia Tenggara pada 2023.

Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.

Akta Berparlimen Berpenggal: Jangan ketepikan kuasa YDP Agong - Nazri Aziz
Mohamed Nazri menjelaskan sekiranya kerajaan mahu melaksanakan akta tersebut, rundingan perlu diadakan dengan Raja-Raja Melayu kerana ia melibatkan kuasa Yang Dipertuan Agong.

Perutusan bersama tahun baharu 2024
Pada tahun 2024, marilah kita memperkasakan institusi raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, federalisme, dan kedaulatan undang-undang.