JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan kenyataan yang tular di media sosial berhubung kemungkinan rakyat Singapura akan diragut di daerah ini apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita tidak sahih berhubung perkara itu.
Beliau berkata secara keseluruhan, indeks jenayah di Johor bagi tempoh Januari 2021 hingga semalam menunjukkan penurunan sebanyak 2,610 kes iaitu 39.67 peratus dan berada dalam keadaan terkawal.
"Kes samun ragut di Johor bagi tempoh sama juga mencatatkan penurunan sebanyak 125 kes bersamaan 77.64 peratus berbanding tahun lepas. Begitu juga kes curi motosikal yang menurun sebanyak 1,099 kes iaitu 51.05 peratus," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Ayob Khan berkata bagaimanapun, pihaknya akan terus bertindak secara agresif bagi membanteras kegiatan jenayah sekali gus memastikan Johor selamat didiami dan dikunjungi.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah mempercayai apa jua perkara yang ditularkan dan perlu menyemak terlebih dahulu bagi mendapatkan kesahihan maklumat.
Terdahulu, kenyataan itu mendakwa terdapat beratus-ratus pencuri yang menaiki motosikal di daerah ini bersedia untuk meragut pelancong dari Singapura apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka semula dan antara lain mendakwa polis tidak akan mengambil tindakan berikutan terdapat terlalu banyak pencuri di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita tidak sahih berhubung perkara itu. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pencemaran bau kimia: Polis tahan pemandu, kelindan lori di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki yang juga pemandu serta kelindan lori yang disyaki terlibat dalam kes pencemaran bau kimia di sekitar daerah ini, sejak awal bulan ini.

Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.

Polis Johor kutip RM1.38 juta bayaran saman dalam tiga hari
Sebanyak RM1.38 juta kutipan bayaran saman trafik diperoleh sepanjang tiga hari Program Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bersama Brother Motor yang berakhir hari ini.

Seludup diesel bersubsidi, sembilan individu ditahan bersama rampasan bernilai RM281,494
Kesemua suspek terdiri lapan lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing, berumur 20 hingga 41 tahun.

Polis serbu sarang penagihan dadah, 43 individu ditahan
Kesemua penagih itu dipercayai menjadikan beberapa lokasi sekitar Felda berkenaan sebagai tempat untuk melepaskan gian.

Polis Johor ubah suai corak tugasan sempena Aidilfitri
Polis Johor perkemas corak tugasan pegawai dan anggotanya bagi memastikan sambutan Aidilfitri di negeri ini berjalan dengan lancar.

Aktiviti perjudian dalam talian: Bekalan elektrik 23 premis dipotong
Op Bersepadu JOL dijalankan sebagai langkah dan usaha untuk membanteras kegiatan perjudian di negeri itu.

Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal
Lelaki itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian berkenaan.

Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas
Dua serbuan susulan di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.

Tiada laporan diterima berhubung dakwaan bekas pekerja ATA IMS dipukul polis
Pekerja terbabit mendakwa dipukul semasa disoal siasat kerana berkongsi maklumat mengenai keadaan kilang.