Ketua Polis Daerah Kunak Supt Ab Rashid Abdullah berkata pihaknya telah membuat siasatan terhadap perkara itu dan mendapati berita itu adalah palsu, direka oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya telah arahkan pegawai untuk ke kawasan itu untuk menyiasat...kita meminta orang ramai tidak terpedaya dengan maklumat tidak benar itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Antara gambar palsu tentang terowong tanah zaman Jepun yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp. -Foto WhatsApp
Hari ini, orang ramai tertanya-tanya berikutan penyebaran berita tersebut.
Terowong tanah sepanjang lapan kilometer dengan empat cabang yang terletak di ladang Sime Darby itu, dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang semasa Perang Dunia II.
Gambar palsu yang tersebar di WhatsApp tentang penemuan emas yang didakwa dijumpai di dalam terowong tersebut. -Foto WhatsApp