IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Perpaduan di sini sejak April tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata remaja itu dikenali sebagai Muhammad Fahrin Hakimi Ismail yang beralamat di No 14, Tingkat Perpaduan 18, Taman Perpaduan dekat sini.
Laporan kehilangannya dibuat oleh bapa saudaranya di Balai Polis Tambun pada 8 Sept 2022 iaitu kira-kira lima bulan selepas remaja tersebut dikatakan kali terakhir dilihat di rumahnya.
"Remaja berkenaan merupakan anak saudara kepada arwah isteri pengadu yang tinggal bersamanya selepas kematian ibu dan bapanya sejak berumur 15 tahun," katanya ketika dihubungi Bernama.
Yahaya berkata mangsa keluar tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga sejak 2 April lepas dan pengadu telah mencari mangsa di merata tempat dan bertanya kepada kawan-kawannya tetapi masih tidak dijumpai sehingga hari ini.
Orang ramai diminta menghubungi Sarjan Muhamad Tarkey Burhanuddin di talian 017-531 0918 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 052451500 jika mempunyai maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
Remaja itu dikenali sebagai Muhammad Fahrin Hakimi Ismail yang beralamat di No 14, Tingkat Perpaduan 18, Taman Perpaduan. - Gambar hiasan
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Penjaga rumah amal GISB dituduh esok
Lelaki berusia 35 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 8.45 pagi.
Polis nafi berlaku insiden remaja disembelih di Kuantan
Siasatan awal mendapati kejadian sebenar melibatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dicederakan suspek menggunakan garpu di bahagian leher.
Lelaki ditahan pecah pintu, tingkap rumah bekas kekasih kerana putuskan hubungan
Suspek dikesan memasuki kawasan rumah wanita itu yang kemudian bertindak memecahkan pintu kaca di belakang rumah menggunakan dumbel.
Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi lebih RM50,000
Seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan pada Rabu oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya.
PRK Mahkota: 95.45 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab - SPR
Sebanyak 95.45 peratus anggota tentera dan pasangan serta polis menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini.
Pekerja pam minyak pengsan, bukan kena tembak - Polis
Kepala mangsa terhentak ke lantai dan mengalami kecederaan sehingga berdarah dan mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Kontroversi GISB: Semakin ramai individu tampil dedah pengalaman di media sosial
PDRM memaklumkan piohaknya memantau sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh individu atau pihak berkaitan yang mempunyai kaitan dengan GISB di media sosial.
GISB: Ratusan buku berkaitan Al-Arqam dan gambar 'Abuya' dirampas di Melaka
Seramai 19 kanak-kanak berjaya diselamatkan dalam operasi yang disertai 72 pegawai dan anggota pelbagai agensi kerajaan.
Kes bunuh pereka dalaman: Polis selesai kes, tahan tiga lelaki
Ketiga-tiga suspek berusia antara 50 hingga 61 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah pangsapuri di sini pada sekitar pukul 3 pagi tadi.
Polis akan ambil tindakan terhadap individu buat 'content' di kawasan banjir
Polis Kedah akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu didapati memasuki kawasan yang terjejas bencana banjir hanya sekadar untuk membuat kandungan (content) di media sosial.