MELAKA: Polis Melaka mengesan penyebaran dokumen palsu iaitu 'notis kehadiran suspek' yang didakwa dikeluarkan kontinjen itu yang meminta mangsa membantu siasatan polis berhubung kesalahan jenayah yang dilakukan mangsa 'Macau Scam'.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka Supt E. Sundra Rajan berkata, dokumen palsu yang kononnya ditandatangani Ketua Polis Melaka itu dikesan diterima mangsa berusia 24 tahun menerusi WhatsApp semalam.
Beliau berkata 'notis kehadiran suspek' yang diterima mangsa mendakwa mangsa disyaki terlibat dalam kes penyeludupan dadah, pengubahan wang haram serta menerima komisen sebanyak RM228,000.
"Menurut dokumen palsu itu, mangsa diminta memberi kerjasama dengan pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dalam masa dua jam selepas surat itu diterimanya dan waran tangkap ke atas mangsa akan dikeluarkan serta-merta jika mangsa tidak bekerjasama.
"Selain itu, dokumen itu turut mendakwa akaun bank mangsa akan dibekukan dalam tempoh 16 bulan serta mangsa juga perlu menjalani reman selama 45 hari," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa juga diingatkan tidak memberitahu orang lain berhubung dokumen yang diterimanya itu, namun mangsa telah berhubung dengan polis IPK Melaka untuk meminta pengesahan menerusi WhatsApp.
Katanya, siasatan polis mendapati dokumen palsu itu merupakan modus operandi baharu yang digunakan sindiket 'Macau Scam' untuk memperdaya dan menimbulkan ketakutan orang ramai agar mempercayai mereka terlibat dengan siasatan polis.
E. Sundra Rajan berkata mangsa yang terpedaya kemudiannya akan diarahkan memberi butiran akaun bank serta maklumat perbankan kepada sindiket sebelum pindahan wang daripada akaun mangsa dilakukan.
Justeru, beliau berkata orang ramai yang menerima dokumen palsu berkenaan diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi CCID Scam Response Center menerusi talian 03-26101559/1599 untuk membuat pertanyaan atau pengesahan.
"Orang ramai diminta lebih berhati-hati dengan taktik terbaharu dan licik sindiket Macau Scam ini agar tidak menjadi mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Dokumen palsu yang kononnya ditandatangani Ketua Polis Melaka itu diterima mangsa berusia 24 tahun menerusi WhatsApp.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
"Terima kasih Stadium Shah Alam untuk segala memori yang tercipta."
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [05 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Teknologi canggih makmal analisis cryptocurrency selesai kes jenayah besar
Makmal analisis jenayah mata wang kripto yang mula beroperasi sejak 2021 merekodkan pencapaian membanggakan dan berjaya menyelesaikan kes-kes besar.
"Untung" RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud
Lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik menyertai pelaburan yang dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.
Pelajar IPTA di Arau alami kerugian RM38,000 ditipu Macau Scam
Seorang pelajar IPTA di Arau mengalami kerugian RM38,000 selepas dipercayai ditipu Macau Scam apabila terpedaya dengan dakwaan terlibat dalam siasatan kes pengubahan wang haram.
Macau Scam: Pesara guru rugi RM199,500
Mangsa mendakwa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat penghantaran yang memaklumkan terdapat barang atas namanya.
PDRM sedang kenal pasti dalang seludup 43 rakyat Malaysia ke Peru
Polis sedang mengenal pasti dalang utama sindiket Macau Scam yang menyebabkan 43 rakyat Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Peru.
Kerajaan usaha bawa balik mangsa 'scam' luar negara
Buat masa ini kerajaan sedang berusaha mengesan mereka yang menjadi mangsa, kata Timbalan Perdana Menteri.
43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru
Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.
Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.
Macau Scam: Pekebun sayur rugi hampir RM800,000
Mangsa yang takut dengan ugutan itu mendakwa telah diarah memindahkan wang daripada akaun simpanan ke lima akaun berbeza.
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilapor ke MCMC, ini lima jenis scam
Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.