KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,513 aduan penipuan dalam talian dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2020 hingga Mei tahun ini.
Sehubungan itu, MCMC menubuhkan pasukan petugas khas bagi penipuan telekomunikasi dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. (JSJK) Bukit Aman.
Berikut adalah jenis-jenis scam yang dilaporkan di Malaysia.
1. Scam Cinta
Penipuan ini antara yang popular di negara kita. Lumrahnya, sindiket ini memfokuskan kepada golongan wanita yang berkerjaya tapi kesunyian.
Menggunakan platform media sosial, modus operandinya adalah dengan menggunakan gambar profil yang kacak bagi mengumpan mangsa.
Mangsa akan dipedaya dengan kata-kata manis sehinggalah mereka jatuh cinta. Sebagai tanda percintaan, scammer akan menghantar hadiah mahal di mana hadiah berkenaan kononnya disekat di Kastam.
Scammer akan memujuk mangsa untuk memindahkan sejumlah wang sebagai bayaran untuk mendapatkan hadiah tersebut yang dijanjikan akan dipulangkan selepas mendapat hadiah tersebut.
Lebih licik lagi, scammer akan menunjukkan dokumen palsu bagi mempedaya mangsa.
2. Macau Scam
Penipuan ini bermula dengan panggilan telefon di mana scammer akan memperkenalkan diri sebagai polis, pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau lain-lain agensi.
Kemudian atas alasan-alasan yang difikirkan 'munasabah' mereka akan mempedaya mangsa untuk membayar sejumlah wang.
MCMC setakat ini berjaya menyekat hampir 1.6 bilion panggilan berbentuk halangan teknikal.
3. Scam kerja sambilan
Mungkin ada di antara kita yang pernah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan 'kerja mudah dari rumah! RMXXX-RMXXX seminggu'
Tekanan ekonomi menyebabkan ramai yang terpedaya dengan iklan-iklan seumpama ini untuk mendapatkan pendapatan sambilan.
4. Scam pinjaman dalam talian
Mangsa yang terdekat akan dikenal pasti menerusi semakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau Data Systems Sdn Bhd (CTOS),
Apabila ditawarkan pinjaman peribadi tanpa kadar faedah kononnya daripada individu dari institusi kewangan, mangsa selalunya tidak berfikir panjang sebaliknya mengambil 'peluang' itu.
5. Scam parcel
Mangsa selalunya akan menerima panggilan daripada scammer yang memperkenalkan diri dari syarikat penghantaran bungkusan yang kononnya memaklumkan terdapat satu bungkusan yang belum dituntut.
Scammer ini kemudiannya akan meminta maklumat peribadi anda seperti info mengenai kad kredit atau debit untuk meneruskan penghantaran.
Jika melalui e-mel, mereka dapat memuat turun malware ke dalam komputer mangsa sekiranya mereka menekan pautan yang diberikan mereka.
Natijahnya, scammer ini sudah berjaya mengakses maklumat peribadi anda serta kata laluan dan memberikan mereka peluang untuk menggodam akaun perbankan internet anda.
Jadi pengajarannya jangan berkongsi sebarang maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, kata laluan dan informasi bank kepada mereka yang tidak dikenali.
Astro Awani
Mon Jun 05 2023

MCMC setakat ini berjaya menyekat hampir 1.6 bilion panggilan berbentuk halangan teknikal. - Gambar hiasan

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.