KUCHING: Polis dijangka memohon lanjutan reman pasangan penjaga kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie yang dipercayai dibunuh dan dilaporkan hilang sejak 7 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, lanjutan tahanan reman itu dibuat pihaknya bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Masih reman lama (dari tarikh ditangkap pada 11 Mac) hingga 16 Mac, esok (Rabu) kita akan mohon reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp.
Bagaimanapun difahamkan proses permohonan lanjutan tempoh reman akan dibuat secara dalam talian esok di Balai Polis Tabuan Jaya.
Sebelum ini polis mengklasifikasikan kehilangan Eric sebagai kes bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Malah polis turut menahan empat individu termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan namun telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Pada 7 Mac lalu, Eric dilaporkan hilang di kediamannya di Jalan Daya dekat Bintawa sekitar 9 pagi.
Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sebelum ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan berdasarkan perkembangan terbaru siasatan yang dibuat.
Mangsa dipercayai dibunuh sebelum dibuang di kawasan sungai Muara Tebas.
Operasi mencari mayat mangsa kini masuk hari ketiga melibatkan kawasan seluas tiga batu nautika dari Muara Tebas.
Shafik Ahmad
Tue Mar 15 2022
Sebelum ini polis mengklasifikasikan kehilangan Eric sebagai kes bunuh yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar fail
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
Di mana mayat Eric? Operasi mencari disambung jika ada petunjuk baharu - Polis
Operasi mencari mayat Eric Chang Wei Jie yang dipercayai dibunuh dan dibuang di muara sungai Kampung Muara Tebas akan digerakkan semula sekiranya ada petunjuk baharu.
Operasi pencarian Eric dihentikan, tumpu kepada bukti saintifik - Polis
Setelah tujuh hari tanpa sebarang petunjuk, proses pencarian kanak-kanak Eric Chang Wei Jie, 4 tahun, ditamatkan pada jam 6.00 petang pada Sabtu.
Bau busuk di jeti Muara Tebas, petunjuk baharu kes Eric?
Penduduk di Kampung Muara Tebas digemparkan kehadiran bau busuk seperti bangkai berhampiran jeti kecil sungai Muara Tebas malam tadi.
Pemuda Muara Tebas tawar khidmat bantu cari Eric
Rajeli Nusi, 26, menawarkan dirinya secara sukarela membantu pasukan keselamatan mencari mangsa di kawasan pesisir sekitar satu hingga 1.5 kilometer dari arah kampung.
Polis Kuching mohon lanjutan reman berhubung kes pembunuhan Eric Chang
Polis dijangka memohon lanjutan reman pasangan penjaga kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie yang dipercayai dibunuh dan dilaporkan hilang sejak 7 Mac lalu