KUCHING: Hari kelima pencarian jasad Eric Chang Wei Jie, 4, di jeti Kampung Muara Tebas turut mendapat bantuan penduduk kampung berkenaan.
Rajeli Nusi, 26, menawarkan dirinya secara sukarela membantu pasukan keselamatan mencari mangsa di kawasan pesisir sekitar satu hingga 1.5 kilometer dari arah kampung.
Kearifan dalam selok belok kawasan hutan, dan jalan pintas ke lokasi pencarian katanya mungkin boleh membantu memudahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Saya rasa saya boleh bantu anggota keselamatan tunjukkan jalan ke kawasan-kawasan pencarian yang telah ditetapkan, namun saya akan terlibat cuma ketika keadaan air surut, pencarian kami di kawasan darat sahaja.
“Saya boleh guna kearifan saya selok belok jalan ini untuk menggunakan jalan pintas buat anggota keselamatan,” katanya kepada Astro Awani semasa ditemui di Pos Operasi Muara Tebas pada Khamis.
Tambah Rajeli, walaupun sibuk bekerja, dia akan cuba untuk bekerjasama dengan anggota keselamatan yang bertugas terutama memberitahu cabaran yang mungkin dilalui anggota semasa masuk ke kawasan pencarian.
Walaupun sudah biasa dengan persekitaran kampung, dia juga perlu peka akan keselamatannya di lokasi pencarian yang agak mencabar dan juga bergantung kepada keadaan cuaca.
“Memang agak mencabar, kerana kawasan pesisir ini adalah kawasan yang berbukit, berbatu tajam dan licin selain laluannya yang bersimpang siur menyukarkan pergerakan.
“Kami penduduk kampung sudah terbiasa dengan laluan seperti ini, disinilah kami mencari sumber rezeki seperti mencari ketam, maka pihak keselamatan khasnya bomba ada meminta tolong untuk kita sama-sama bekerjasama, setajat ini boleh katakan kita dah pergi ke kawasan oencarian yang agak luas daripada semalam,” katanya.
Hari kelima operasi SAR di sekitar kawasan darat dan perairan di Kampung Muara Tebas hari ini melibatkan lebih 30 anggota keselamatan daripada pihak Polis, Bomba, Maritim Malaysia, termasuk pasukan unit dron dan pasukan anjing pengesan K9.
Operasi SAR di Pusat Operasi Muara Tebas bermula seawal jam 7:00 pagi sejak 13 Mac lalu dan akan ditangguhkan pada jam 6:00 petang bergantung kepada keadaan cuaca.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Mar 17 2022

Rajeli Nusi berharap kearifan dalam selok belok hutan dan jalan pintas ke lokasi pencarian boleh membantu operasi mencari jasad Eric. - Astro AWANI

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Di mana mayat Eric? Operasi mencari disambung jika ada petunjuk baharu - Polis
Operasi mencari mayat Eric Chang Wei Jie yang dipercayai dibunuh dan dibuang di muara sungai Kampung Muara Tebas akan digerakkan semula sekiranya ada petunjuk baharu.

Operasi pencarian Eric dihentikan, tumpu kepada bukti saintifik - Polis
Setelah tujuh hari tanpa sebarang petunjuk, proses pencarian kanak-kanak Eric Chang Wei Jie, 4 tahun, ditamatkan pada jam 6.00 petang pada Sabtu.

Bau busuk di jeti Muara Tebas, petunjuk baharu kes Eric?
Penduduk di Kampung Muara Tebas digemparkan kehadiran bau busuk seperti bangkai berhampiran jeti kecil sungai Muara Tebas malam tadi.

Pemuda Muara Tebas tawar khidmat bantu cari Eric
Rajeli Nusi, 26, menawarkan dirinya secara sukarela membantu pasukan keselamatan mencari mangsa di kawasan pesisir sekitar satu hingga 1.5 kilometer dari arah kampung.

Polis Kuching mohon lanjutan reman berhubung kes pembunuhan Eric Chang
Polis dijangka memohon lanjutan reman pasangan penjaga kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie yang dipercayai dibunuh dan dilaporkan hilang sejak 7 Mac lalu