KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan menjalankan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain secara besar-besaran selama sebulan mulai 1 Julai ini, bagi membendung pelbagai kesalahan jalan raya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melaksanakan operasi tersebut.
"Operasi ini akan melibatkan kekuatan kira-kira 1,000 orang terdiri daripada pegawai dan anggota Polis Kuala Lumpur serta dibantu oleh agensi tersebut dalam menjalankan tugas operasi dengan memberikan perhatian terhadap kesalahan-kesalahan di bawah akta agensi itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur bersama agensi penguat kuasa lain di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Mohd Shuhaily, tujuh jenis pelanggaran peraturan trafik yang akan ditekankan semasa operasi berkenaan melibatkan Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Plat Kenderaan, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.
"Selain itu, polis akan membuat risikan untuk tangkapan serta semakan rekod jenayah selain mengambil tindakan dengan membuat pemeriksaan ke atas bengkel-bengkel kenderaan yang melakukan pengubahsuaian kenderaan menyalahi undang-undang dan mengesan kenderaan curi.
"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur juga akan bersama-sama mengambil tindakan sekiranya berlaku salah laku penyalahgunaan dadah sepanjang operasi itu dijalankan," katanya.
Beliau berkata operasi berkenaan merupakan langkah pencegahan awal sebelum ia menjadi tidak terkawal dan mengelak daripada berlaku perkara tidak diingini kerana polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan jenayah serta melakukan kesalahan jalan raya.
"Operasi ini bersifat untuk mendisiplin, mendidik dan menasihati serta memastikan semua pengguna kenderaan mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta peraturan-peraturan di bawah agensi penguatkuasaan terbabit," katanya.
Sebagai rekod, sebanyak 895 kertas siasatan trafik dibuka bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini dengan jenis kesalahan tertinggi adalah halangan iaitu meletakkan kenderaan di kawasan dilarang atau menghalang lalu lintas dengan 311 kes; diikuti lumba haram (180 kes) dan langgar lampu merah (167 kes).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
![Polis KL lancar operasi trafik bersepadu besar-besaran bermula Sabtu ini Polis KL lancar operasi trafik bersepadu besar-besaran bermula Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687845387_DatukMohdShuhaily.jpg)
Mohd Shuhaily berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan bekerjasama dengan JPJ, DBKL dan JAS untuk melaksanakan operasi tersebut. - Gambar/ Bernama
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Polis tahan 21 pelacur warga asing dalam serbuan di hotel murah di KL Polis tahan 21 pelacur warga asing dalam serbuan di hotel murah di KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731225769_Hotelbajetpelacur.jpg)
Polis tahan 21 pelacur warga asing dalam serbuan di hotel murah di KL
Polis menahan 21 wanita warga asing dipercayai pelacur dalam serbuan Op Noda Khas #KLStrikeForce di lima hotel murah sekitar sini malam tadi, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.
![Polis rakam keterangan tujuh individu buat himpunan solidariti depan Kedutaan AS Polis rakam keterangan tujuh individu buat himpunan solidariti depan Kedutaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727859350_Rusdihadir.jpg)
Polis rakam keterangan tujuh individu buat himpunan solidariti depan Kedutaan AS
Datuk Rusdi berkata pihak penganjur tidak menyerahkan notis pemakluman kepada polis serta tidak mendapat kebenaran daripada pemilik premis.
![Polis Kuala Lumpur lupus dadah bernilai RM36.43 juta Polis Kuala Lumpur lupus dadah bernilai RM36.43 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727843781_RusdiMohdIsa.jpg)
Polis Kuala Lumpur lupus dadah bernilai RM36.43 juta
Rampasan dadah dalam pelbagai serbuan sejak 2003 yang cukup untuk membekalkan 1.2 juta pengguna akan melalui proses pelupusan dengan cara dibakar pada Rabu.
![Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksanakan - Ketua Polis KL Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksanakan - Ketua Polis KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705164438_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Operasi susulan banteras warga asing akan dilaksanakan - Ketua Polis KL
Satu operasi susulan menggempur pendatang tanpa izin akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.
![Langkah Dubai: Polis KL terima 13 laporan hari ini - Allaudeen Langkah Dubai: Polis KL terima 13 laporan hari ini - Allaudeen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696230820_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Langkah Dubai: Polis KL terima 13 laporan hari ini - Allaudeen
Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini menerima 13 laporan berhubung gerakan 'Langkah Dubai' yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Polis KL lupus dadah bernilai RM8.89 juta Polis KL lupus dadah bernilai RM8.89 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698219339_Pelupusan.jpg)
Polis KL lupus dadah bernilai RM8.89 juta
Polis akan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM8.89 juta yang dirampas sekitar ibu negara dari 2001 hingga 2021, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
![44 pegawai polis KL dinaikkan pangkat DSP, ASP 44 pegawai polis KL dinaikkan pangkat DSP, ASP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697636558_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
44 pegawai polis KL dinaikkan pangkat DSP, ASP
Seramai 44 pegawai polis Kuala Lumpur dinaikkan pangkat sebagai pegawai kanan, bagi mengiktiraf usaha dan sumbangan mereka dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
![Polis KL asah kemahiran hadapi banjir kilat Polis KL asah kemahiran hadapi banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658874284_LDP.jpg)
Polis KL asah kemahiran hadapi banjir kilat
Tujuan latihan ini adalah untuk menjalankan tugas kecemasan penyelamatan di air sewaktu bencana dengan memberi pendedahan berkaitan pengendalian bot secara teratur untuk misi menyelamat mangsa.
![Sindiket penipuan tawaran kerja melalui e-dagang tumpas, 20 ditahan Sindiket penipuan tawaran kerja melalui e-dagang tumpas, 20 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/41559448381_scmageneric.jpg)
Sindiket penipuan tawaran kerja melalui e-dagang tumpas, 20 ditahan
Polis menumpas satu sindiket penipuan tawaran kerja melalui platform e-dagang dengan penahanan 20 individu dalam serbuan di tiga premis di sekitar ibu kota Isnin lepas.
![Geng gagak hitam aktif menyamun ditembak mati Geng gagak hitam aktif menyamun ditembak mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51525605088_MazlanLazim.jpg)
Geng gagak hitam aktif menyamun ditembak mati
Polis giat memburu dua lelaki warga asing dipercayai rakan subahat kepada geng warga Afrika yang ditembak mati dekat Ampang, di sini semalam.