PUTRAJAYA: Seramai 62 anggota dan pegawai Polis Kuala Lumpur menyertai program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Pengenalan dan Pengendalian Bot untuk meningkatkan tahap kesiagaan pihak polis menghadapi bencana banjir kilat di sekitar ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, seramai 62 peserta terdiri daripada 55 anggota dan tujuh pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di ibu negara mengambil bahagian dalam latihan selama dua hari terbabit.
"Tujuan latihan ini adalah untuk menjalankan tugas kecemasan penyelamatan di air sewaktu bencana dengan memberi pendedahan berkaitan pengendalian bot secara teratur untuk misi menyelamat mangsa.
"Selain itu, ia juga dapat menguji kemampuan aset-aset (bot) yang kita terima hasil sumbangan orang ramai dan telah didaftarkan sebagai harta kerajaan," katanya semasa menyempurnakan majlis penutup Program LDP di Markas Polis Marin Putrajaya, di sini, pada Selasa.
Azmi berkata, jika dibandingkan dengan aset sedia ada, bot hasil sumbangan orang ramai termasuk beberapa wakil politik itu dilihat tidak sesuai digunakan ketika menghadapi banjir berskala besar namun boleh digunakan ketika bencana banjir kilat yang sering melanda ibu negara.
"Setakat ini di Kuala Lumpur kita telah terima sekitar 10 buah bot dari orang persendirian serta beberapa wakil rakyat dan kita hargai sumbangan ini.
"Kita akan manfaatkan sepenuhnya dan lebih penting lagi kita akan siapkan diri kita supaya mampu menggunakan aset-aset itu," katanya.
Katanya, latihan pengendalian bot secara profesional wajar diberikan perhatian berikutan banjir kilat yang sering dihadapi warga kota malah menerusi latihan yang diperoleh Polis Kuala Lumpur ini, mereka mampu menghulurkan bantuan kepada negeri-negeri jiran yang dilanda banjir besar. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 26 2022
![Polis KL asah kemahiran hadapi banjir kilat Polis KL asah kemahiran hadapi banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658874284_LDP.jpg)
62 peserta terdiri daripada anggota di bawah pentadbiran IPK Kuala Lumpur menyertai latihan pengendalian bot. -Foto Sinar Harian
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737536665_Pekalongan.jpg)
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
![Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731820991_banjir.jpg)
Satu PPS diaktifkan ekoran banjir kilat di selatan, tengah Sarawak
Sarawak mengaktifkan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Saratok, susulan banjir kilat di bahagian selatan dan tengah negeri itu.
![Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736091520_TBBANJIRKILAT.jpg)
Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.
![10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia 10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734578606_banjirkilatceder.jpg)
10 cedera akibat banjir kilat di Sumatera Utara, Indonesia
Hujan lebat mencetuskan banjir kira-kira 7 malam waktu tempatan, menjejaskan dua mukim iaitu Batang Angkola dan Tano Tombangan.
![Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734058789_tbbanjirkilatpara.jpg)
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
![Pasaran getah tempatan ditutup rendah Pasaran getah tempatan ditutup rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677052357_TBgetah.jpg)
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
![Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733782127_bantuanpemilikken.jpg)
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
![Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703601747_Banjir.jpg)
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
![Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733655412_PutrajayaBanjir.jpg)
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
![Pasaran getah ditutup bercampur-campur Pasaran getah ditutup bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).