KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket penipuan tawaran kerja melalui platform e-dagang dengan penahanan 20 individu dalam serbuan di tiga premis di sekitar ibu kota Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata dalam serbuan pada pukul 5.00 petang itu, pihaknya telah menahan 15 lelaki dan tiga wanita tempatan, serta seorang lelaki dan seorang wanita warganegara China; dan merampas 19 buah komputer riba serta 147 unit telefon bimbit.
"Modus operandi sindiket ini ialah mengiklankan tawaran kerja melalui aplikasi WhatsApp, dan mangsa yang berminat dengan tawaran kerja berkenaan kemudian diarahkan oleh sindiket ini membeli barangan di platform e-dagang dan dijanjikan komisen bagi setiap pembelian.
"Mangsa seterusnya diarah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh sindiket ini bagi pembelian barangan itu dan sindiket ini kemudiannya akan menghilangkan diri," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kesemua individu itu direman sehingga Sabtu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Mohd Mahidisham berkata statistik pihak polis menunjukkan sejak Mac hingga 15 Jun lepas sebanyak 33 kertas siasatan telah dibuka berkaitan kes penipuan tawaran kerja menggunakan platform e-dagang dengan kerugian dianggarkan RM394,064.
Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan dengan tidak mendedahkan identiti diri kepada individu yang baru dikenali, memeriksa latar belakang syarikat yang menawarkan pekerjaan serta membuat semakan akaun bank sebelum melakukan transaksi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021
![Sindiket penipuan tawaran kerja melalui e-dagang tumpas, 20 ditahan Sindiket penipuan tawaran kerja melalui e-dagang tumpas, 20 ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/41559448381_scmageneric.jpg)
Mohd Mahidisham berkata, modus operandi sindiket ini ialah mengiklankan tawaran kerja melalui aplikasi WhatsApp. -Gambar hiasan
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738817940_TBAZAMBAKI.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.
![Ziana Zain, Jalaluddin Hassan, Dr Sheikh Muszaphar tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran Ziana Zain, Jalaluddin Hassan, Dr Sheikh Muszaphar tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738814353_tbmashup.jpg)
Ziana Zain, Jalaluddin Hassan, Dr Sheikh Muszaphar tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran
Astro AWANI difahamkan kenderaan yang membawa ketiga-tiga selebriti berkenaan memasuki bangunan SPRM jam 9.30 pagi menggunakan laluan belakang.
![SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688188675_AzamBaki.jpg)
SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.
![SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738226875_AhmadKhusairiYahay.jpg)
SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).
![Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737872897_tbawani.jpg)
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
![4,290 kertas siasatan dibuka libatkan kerugian RM181 juta pada 2024 - JSJK Johor 4,290 kertas siasatan dibuka libatkan kerugian RM181 juta pada 2024 - JSJK Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737717709_DatukMKumar.jpg)
4,290 kertas siasatan dibuka libatkan kerugian RM181 juta pada 2024 - JSJK Johor
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor membuka sebanyak 4,290 kertas siasatan dengan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM181 juta sepanjang tahun lepas.
![Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737624933_ZulkafliSariaat.jpg)
Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.
![Sindiket curi bungkusan kurier tumpas Sindiket curi bungkusan kurier tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737168242_sindiketcuribarang.jpg)
Sindiket curi bungkusan kurier tumpas
Tujuh termasuk seorang wanita ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.
![Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736069343_HandcuffGari.jpg)
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
![Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000 Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736609488_TBSazaleeAdam.jpg)
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.