Polis sedang mengenal pasti identiti seorang remaja perempuan dipercayai bawah umur yang memandu kereta dalam video yang tular di laman sosial Facebook 'Sayang-sayang DSV'.
Video berdurasi 33 saat itu dipercayai dirakam pada 2018 di kawasan berhampiran Meru Hills di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, video berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan sedang memandu sebuah kereta, namun model dan nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti.
“Satu laporan polis dibuat Pegawai Trafik Daerah Ipoh berkenaan video tular tersebut dan siasatan lanjut diteruskan untuk mengenal pasti identiti pelaku dan butiran kenderaan di dalam video berkenaan.
"Dalam video sama juga, terdapat suara seorang wanita sedang berbual dengan remaja tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan individu di bawah umur memandu kenderaan motor.
Siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 26(1) akta sama kerana memandu kenderaan motor tanpa lesen.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Sep 09 2020

Video berdurasi 33 saat itu dipercayai dirakam pada 2018 di kawasan berhampiran Meru Hills di sini. -Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KLWBC2020: Nama dan jenama serta jiwa kental DSV
Datuk Seri Vida (DSV) mencipta utopia baharu. Konsep dunia bisnes masa kini bukan lagi menjual produk tetapi harus dipacu suntikan selebriti.

Polis kesan remaja pandu kereta dalam Facebook Sayang-Sayang DSV
Polis sedang mengenal pasti identiti seorang remaja perempuann yang videonya tular di laman sosial Facebook 'Sayang-Sayang DSV'.

Lagu Lavida Raya DS Vida paling trending di YouTube dalam masa 18 jam
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) berjaya membuktikan bakatnya sebagai penyanyi diterima khalayak apabila lagu terbarunya, Lavida Raya menjadi 'trending' top 1 di YouTube.

'Saya takkan benarkan lelaki itu bersama mama' - Anak DS Vida
Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) memuat naik keratan berita mengenai ibunya bersama pembantu peribadi terbaharu, seorang pemuda berusia 23 tahun.

Lancar muzik video, DSV sasar 100 juta tontonan
Selepas ini, saya akan terus menggiatkan sesi promosi untuk memperkenalkan muzik video tersebut bukan sahaja Malaysia malah di luar negara.

Kenapa nak kahwin mak saya? Cik B beri amaran lelaki cuba dekati DS Vida
Cik B, anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) pada Selasa lalu telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap lelaki-lelaki yang mahu mengajak ibunya kahwin.

Wow! Special Edition Hot Wheels I Am Me? Biar betul... Netizen
Pengguna laman sosial kecoh dengan edisi istimewa 'Hot Wheels I Am Me'.

I Am Me ke Ayam Mi? - Netizen usik sebutan bahasa Inggeris Datuk Seri Vida
Menerusi pemerhatian di media sosial, ramai yang sudah terkena demam lagu I Am Me. Namun begitu, ada juga segelintir netizen ‘nakal’ yang mempertikaikan cara sebutan Bahasa Inggeris DSV.

Edry memang sengaja mahu lagu Datuk Seri Vida, I Am Me jadi viral
Bagi pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim, 41, usahanya untuk menjadikan I Am Me satu fenomena viral sudah menampakkan hasil.