JITRA: Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun disyaki penagih dan pengedar dadah yang melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di Kuala Jerlun, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata pihaknya percaya lelaki itu masih berada dalam daerah Kubang Pasu dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.
Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 4 petang semalam, anggota unit peronda sedang melakukan rondaan dan telah terserempak dengan sebuah kereta Honda yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.
"Anggota polis terbabit meminta suspek memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan, namun suspek bertindak memecut laju bagi meloloskan diri sehingga memasuki jalan kampung.
"Anggota polis terus mengejar suspek sehingga sejauh empat kilometer sebelum kenderaan suspek berhenti di satu kawasan apabila ada kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan. Suspek kemudian bertindak mengundurkan keretanya hingga melanggar kenderaan polis," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Rodzi berkata dalam kejadian itu polis telah melepaskan dua das tembakan pada bahagian tayar kenderaan suspek, namun lelaki itu berjaya memandu kenderaannya meninggalkan kawasan itu.
Katanya, polis kemudian berjaya mengesan kenderaan dipandu suspek yang ditinggalkan di sebuah rumah kosong kira-kira tiga jam kemudian dan menemukan tiga peket dadah jenis syabu dan heroin, sebilah pisau, serta peralatan menghisap dadah di dalam kenderaan tersebut.
"Suspek yang juga penagih dan pengedar dadah sudah dikenal pasti melalui cap jari, dan kita akan buat tangkapan dalam masa terdekat, kemungkinan besar dia dibawah pengaruh dadah sehingga bertindak agresif," katanya.
Semalam, video yang memaparkan sebuah kenderaan polis mengejar kenderaan suspek itu di satu kawasan kampung dan sawah padi tular di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Polis percaya lelaki itu masih berada dalam daerah Kubang Pasu dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.- Gambar hiasan
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Polis buru lelaki paut belakang treler bergerak
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang melakukan aksi berbahaya dengan berpaut pada belakang sebuah treler bergerak atas lebuh raya.
Lelaki bakar rumah diburu polis
Seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah diburu polis kerana disyaki membakar sebuah rumah di Kampung Keruak di Hulu Besut semalam.
Polis kesan lelaki larikan diri daripada ditahan di Kuala Jerlun
Polis percaya lelaki itu masih berada dalam daerah Kubang Pasu dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.
Polis cari lelaki dipercayai panah anjing sehingga mati
Kelihatan imej suspek melakukan aksi panah muncul dalam kamera CCTV dan senjata yang digunakan ialah busar panah dan anak panah.
Polis cari empat individu bantu kes rogol di Kota Bharu
Keempat-empat individu tersebut dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes jenayah rogol melibatkan tahun 2009, 2014 dan dua kes pada 2018.
Polis buru lelaki curi tabung derma pusat tahfiz, rumah anak yatim
Kehilangan tabung itu disedari pemilik restoran itu pada kira-kira 1.30 tengah hari sebaik sampai di premis yang beroperasi bermula 12 tengah hari hingga lewat malam.