Polis mengerahkan sejumlah 107 pegawai dan anggota bagi memburu seorang penjenayah yang melarikan diri selepas empat rakannya daripada satu kumpulan samun ditembak mati berhampiran Plaza Tol Sungai
Long, awal semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP, Othman Nanyan berkata pihaknya menggunakan pelbagai elemen penyiasatan bagi mengesan suspek terbabit yang dipercayai mengalami kecederaan akibat terkena tembakan.
"Pagi tadi lima individu cuba melakukan samun di sebuah rumah di sini, namun gagal sebelum empat daripada mereka ditembak mati di Sungai Sekamat berhampiran Plaza Tol Sungai Long, Kajang.
"Seorang lagi suspek berjaya meloloskan diri ketika insiden tembakan berlaku dan ketika ini kita sedang mengesan suspek berkenaan yang mengalami kecederaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini hari ini.
Katanya, ekoran kecederaan parah akibat tembakan, beliau percaya suspek tidak mampu melarikan diri jauh dan akan dikesan dalam masa terdekat.
Othman berkata setakat ini pihaknya masih belum dapat mengenal pasti identiti empat suspek yang ditembak mati tersebut berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mereka.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.
Dalam pada itu, beliau berkata hasil siasatan mendapati kesemua suspek dipercayai bergerak aktif melakukan kegiatan jenayah samun berkumpulan dan bersenjata sekitar daerah ini sejak awal tahun ini.
"Setakat ini 20 kes samun pecah rumah di sekitar Kajang dilaporkan iaitu sebanyak 14 kes di Kajang, Beranang (3), Semenyih (2) dan satu kes di Batu 9.
"Kalau dilihat secara keseluruhan pada lima bulan pertama tahun ini kes samun pecah rumah di kawasan ini meningkat berbanding sebelum ini," katanya sambil menambah polis telah mengenal pasti kawasan-kawasan 'panas' yang mungkin menjadi sasaran penjenayah.
Katanya, terdapat 15 kawasan 'panas' yang kini diberi perhatian polis antaranya kawasan perumahan baharu di Bandar Sungai Long, Bandar Mahkota Cheras, Saujana Impian dan Country Height.
Othman berkata modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menyasarkan rumah-rumah tertentu yang telah dikenal pasti dan akan bertindak bermula pada lewat tengah malam.
"Suspek akan masuk secara paksaan iaitu dengan mengumpil besi jeriji pintu dan menggunakan tong gas untuk memecahkan pintu rumah mangsa dan bertindak mengikat penghuni rumah sebelum menggeledah rumah terbabit," katanya.
Bagi mengekang jenayah itu, Othman meminta orang ramai agar segera melaporkan kepada polis jika ada sebarang pergerakan yang mencurigakan di kawasan perumahan mereka terutama pada waktu malam.
Bernama
Thu May 26 2016
![Polis kerah 107 anggota buru suspek kes samun di Kajang Polis kerah 107 anggota buru suspek kes samun di Kajang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41458129051_GARISANPOLIS.jpg)
Setakat ini pihak polis mereka masih belum dapat mengenal pasti identiti empat suspek yang ditembak mati tersebut berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mereka.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
![Pelajar Tingkatan 1 cedera jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah Pelajar Tingkatan 1 cedera jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719622924_tbPelajarcedera.jpg)
Pelajar Tingkatan 1 cedera jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah
Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di Kajang semalam.
![Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718348542_TBMahkamahMajistret.jpg)
Kes kelar isteri: Suami didakwa tuduhan bunuh
Seorang pemandu lori didakwa atas pertuduhan membunuh isterinya yang ditemukan dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan.
![Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100 Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717657179_tbbenderaIsrael.jpg)
Lelaki tampal bendera Israel di restoran makanan segera didenda RM100
Pekerja sambilan sewa kereta didenda RM100 selepas mengaku bersalah menampal bendera Israel di sebuah restoran makanan segera.
![Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715168820_KajangBanjir.jpg)
Kajang dilanda banjir kilat, seorang warga emas diselamatkan bomba
Tujuh anggota dan pegawai JBPM Selangor turut melaksanakan operasi menyelamat seorang warga emas berusia 86 tahun di Kg Sungai Kantan.
![Anwar solat Jumaat di Masjid Kg Sungai Merab Anwar solat Jumaat di Masjid Kg Sungai Merab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714725077_AnwarIbrahimjpg.jpg)
Anwar solat Jumaat di Masjid Kg Sungai Merab
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Sungai Merab di Kajang.
!['Saya tak sanggup tengok video itu' 'Saya tak sanggup tengok video itu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708598506_TBmenahansebakj.jpg)
'Saya tak sanggup tengok video itu'
Luahan Samad Bakar,kepada Shahril Samad yang meninggal dunia dipercayai akibat dipukul serta diikat sekumpulan lelaki susulan kemalangan.
![Dua lelaki ditahan pukul warga emas disyaki sebabkan kemalangan Dua lelaki ditahan pukul warga emas disyaki sebabkan kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684490629_HANDCUFF.jpg)
Dua lelaki ditahan pukul warga emas disyaki sebabkan kemalangan
Polis menahan dua lelaki kerana disyaki memukul seorang warga emas yang dipercayai menyebabkan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kajang.
![Najib Razak positif COVID-19 Najib Razak positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698852088_NajibRazak.jpg)
Najib Razak positif COVID-19
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan dijangkiti COVID-19 pada Rabu.
![Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695614078_KAJANG.jpg)
Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas
Seorang lelaki diberkas berkaitan kes seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang maut akibat lemas dalam kolam renang di sebuah apartment di Bangi, 13 September lalu.
![Lelaki disyaki pukul isteri hingga mati ditahan bersembunyi di Johor Lelaki disyaki pukul isteri hingga mati ditahan bersembunyi di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689243273_handcuff.jpg)
Lelaki disyaki pukul isteri hingga mati ditahan bersembunyi di Johor
Hussein berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.