SHAH ALAM:Polis telah mengenal pasti seorang lelaki memakai gelang merah jambu dipercayai dalam tempoh kuarantin, yang berada di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang seperti dalam video yang tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata video berdurasi satu minit empat saat itu ditonton oleh pegawai kanannya sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.24 malam.
"Video itu memaparkan berlaku tegur-menegur antara seorang petugas kesihatan dengan seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu disyaki masih dalam tempoh kuarantin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Shamsul Amar, pihaknya kini sedang menunggu status ujian saringan COVID-19 lelaki berumur 30-an itu daripada Pejabat Kesihatan Daerah Klang sebelum melakukan tangkapan.
Bandar Bukit Tinggi, Klang merupakan antara 36 kawasan di mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari bermula semalam sehingga 23 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020

Polis telah mengenal pasti seorang lelaki memakai gelang merah jambu dipercayai dalam tempoh kuarantin, yang berada di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang. - Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Lelaki bergelang merah jambu ditahan ketika makan di restoran di Rawang
Seorang lelaki 'bergelang' merah jambu ditahan ketika sedang makan di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri Rawang pada malam Sabtu.

Bukan hanya merah jambu, gelang kuarantin ada lima warna - KKM
Perbezaan warna gelang tersebut adalah tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

COVID-19: 'Arahan perlu bergelang merah jambu, kami risau dikecam' - Penduduk
Sejak 18 Mac lalu, rakyat Malaysia telah melalui beberapa fasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

Pemilik restoran buat laporan polis dakwa gelang merah jambu dari taman tema
Satu laporan polis dibuat oleh pemilik sebuah restoran yang dikaitkan dengan penularan gambar seorang wanita memakai gelang berwarna merah jambu di Ipoh.