SABAK BERNAM: Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang maut selepas kereta dipandunya terperosok di bawah treler di Jalan Panchang Bedena di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian kira-kira jam 5.15 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 21 tahun yang beralamat di Bagan Sungai Pulai di sini meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila lori dari sebuah pusat timbang sawit membelok keluar ke kanan menghala ke Sungai Besar.
"Pada masa sama, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Vios dari arah Sungai Besar gagal membrek kenderaannya berikutan jarak terlalu dekat, lalu terlanggar bahagian sisi tengah kanan lori tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Agus Salim berkata, akibat kejadian itu, pemandu Toyota Vios meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pihak bomba masih berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujar beliau.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya melanggar sebuah treler membawa muatan sawit dan terperosok di bawah kenderaan berat itu dalam kejadian di Jalan Lama Panchang Bedena di sini pada pagi Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5 pagi.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 28 2021

Kereta dipandu mangsa yang terperosok di bawah treler dalam kejadian kemalangan di Jalan Panchang Bedena, Sabak Bernam pada Selasa. -Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Polis kenal pasti identiti pemandu maut terperosok bawah treler
Kemalangan berlaku apabila lori dari sebuah pusat timbang sawit membelok keluar ke kanan menghala ke Sungai Besar.