Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan akan mengadakan simulasi pilihan raya umum ke-14 di setiap jajahan di negeri itu pada Sabtu ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kelantan Supt Markandan Subramaniam berkata simulasi akan bermula tengah malam Sabtu dan berakhir 48 jam kemudian.
Beliau berkata simulasi berkenaan akan dijalankan di pusat-pusat pengundian dan penjumlahan undi terpilih melibatkan senario seperti bantahan terhadap keputusan undian, rusuhan sehinggalah pelaksanaan perintah berkurung jika keadaan memaksa polis untuk bertindak sedemikian.
"Kita juga akan menggunakan semua anggota keselamatan seperti Light Strike Force (LSF), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan aset-asetnya serta penggunaan 'thunder flash' dan bom asap dalam simulasi berkenaan.
"Justeru, kita meminta orang ramai untuk tidak berasa takut dengan kehadiran ramai anggota polis di sesuatu kawasan dalam tempoh tersebut," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau berkata simulasi berkenaan merupakan kali keempat dilakukan sejak tahun lepas bagi memastikan pegawai dan anggota polis yang bertugas sentiasa bersiap siaga selain meningkatkan kecekapan mereka jika terbabit dalam insiden-insiden sedemikian.
Katanya orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan PRU14 yang turut dibuka sepanjang tempoh simulasi tersebut di talian 09-7455728 jika mempunyai sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2018

GAMBAR FAIL: Pasukan FRU ditugaskan bagi menjaga keselematan sekiranya berlaku rusuhan dan kejadian tidak diingini menjelang pilihan raya pada Latih Amal Ex-Undi Per PRU-14 di Dataran Waterfront, Kuala Berang. - BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

'Sarjan Rizal' dipenjara enam bulan
Suspek mengaku bersalah dan didenda RM6,000, namun gagal membayarnya dan perlu menjalani hukuman penjara.

Pegawai, anggota polis disaran tidak main Tik Tok, cemar imej PDRM - KPN
Beliau berkata perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak "manis" dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform.

Penggunaan senjata api secara haram di Kelantan terkawal - Polis
Kumpulan tersebut dipercayai sering menyeludup masuk senjata api melalui pangkalan haram terutama di Rantau Panjang iaitu di sempadan Malaysia-Thailand.

Polis Kelantan adakan simulasi PRU14 Sabtu ini
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan akan mengadakan simulasi pilihan raya umum ke-14 di setiap jajahan di negeri itu pada Sabtu ini.