ALOR SETAR: Polis Kedah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian orang kena tangkap (OKT) ketika dalam tahanan sebuah agensi penguat kuasa di daerah Kuala Muda, pada 20 Julai lepas.
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis menerima satu laporan berhubung tangkapan lelaki berumur 24 tahun itu di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 oleh satu agensi penguat kuasa pada pukul 10 malam, 18 Julai lepas.
"Di dalam laporan itu turut dinyatakan pegawai penguat kuasa agensi berkenaan telah mengalami kecederaan akibat pergelutan semasa tangkapan dijalankan ke atas suspek, jadi polis telah membuka kertas siasatan atas laporan itu.
"Pada 19 Julai kira-kira pukul 11.35 pagi, polis menerima satu laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan rasa tidak puas hati terhadap proses tangkapan ke atas adik lelakinya (OKT) yang dibuat oleh agensi penguat kuasa itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau berikutan laporan yang dibuat oleh wanita berkenaan, polis kemudian telah membuka satu lagi kertas siasatan.
Kamarul Zaman bagaimanapun berkata pada 20 Julai kira-kira 1.30 pagi, OKT dilaporkan telah meninggal dunia di hospital dan kertas siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Saya memberi jaminan bahawa kami sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dan adil dalam kes ini dan waris suspek juga telah dimaklumkan tentang perkembangan siasatan. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang persepsi negatif berhubung kes ini.
"Polis Kedah juga menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk tampil menyalurkan sebarang maklumat di talian 04-7741403/1405 atau MERS 999 atau Pegawai Penyiasat Kes ASP Siti Anim Aripin di talian 012-9144654," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
![Polis Kedah siasat kes OKT mati dalam tahanan Polis Kedah siasat kes OKT mati dalam tahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61625019045_LogoPDRM.jpg)
Kamarul Zaman bagaimanapun berkata pada 20 Julai kira-kira 1.30 pagi, OKT dilaporkan telah meninggal dunia di hospital. - Gambar hiasan
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
![Komuniti Maritim dinasihat tingkat keselamatan di laut, waspada cuaca tidak menentu Komuniti Maritim dinasihat tingkat keselamatan di laut, waspada cuaca tidak menentu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714654399_ShahrizanRaman.jpg)
Komuniti Maritim dinasihat tingkat keselamatan di laut, waspada cuaca tidak menentu
Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar meningkatkan aspek keselamatan ketika di laut serta berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
![Polis Kedah siasat kes OKT mati dalam tahanan Polis Kedah siasat kes OKT mati dalam tahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61625019045_LogoPDRM.jpg)
Polis Kedah siasat kes OKT mati dalam tahanan
Polis Kedah sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian orang kena tangkap (OKT) ketika dalam tahanan sebuah agensi penguat kuasa di daerah Kuala Muda, pada 20 Julai lepas.
![COVID-19: KKM bakal wujudkan pusat panggilan, tambah baik proses pemantauan CAC COVID-19: KKM bakal wujudkan pusat panggilan, tambah baik proses pemantauan CAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623274017_PusatPenilaianCOVI.jpg)
COVID-19: KKM bakal wujudkan pusat panggilan, tambah baik proses pemantauan CAC
Sebagai permulaan, Pusat Panggilan akan dilaksana di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai beban kes tinggi.
![15 kedai di Pantai Morib musnah dijilat api 15 kedai di Pantai Morib musnah dijilat api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51620092977_kedaiPantaiMor.jpg)
15 kedai di Pantai Morib musnah dijilat api
Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh dua jam dan keseluruhan kerosakan melibatkan 60 peratus deretan kedai.
![Papan tanda Hospital KPJ Ampang Puteri terbakar Papan tanda Hospital KPJ Ampang Puteri terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615082913_TBKPJAMPANGPUTERIF.jpg)
Papan tanda Hospital KPJ Ampang Puteri terbakar
Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri di Jalan Mamanda berhampiran pusat beli belah Ampang Point di sini gempar seketika apabila papan tanda di tingkat empat, bangunan itu terbakar, malam tadi.
![Treler terjunam ke dalam gaung, 1 maut Treler terjunam ke dalam gaung, 1 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614048461_trelermasukgaung.jpg)
Treler terjunam ke dalam gaung, 1 maut
Pemeriksaan mendapati seorang lelaki tersepit dalam treler dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera.
![Diplomasi vaksin COVID-19: Ke mana arah tuju Malaysia? Diplomasi vaksin COVID-19: Ke mana arah tuju Malaysia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/61595210069_vaksin.jpg)
Diplomasi vaksin COVID-19: Ke mana arah tuju Malaysia?
Diplomasi vaksin sangat penting ketika ini di mana Malaysia hanya boleh mendapatkan vaksin menerusi dasar kerajaan semasa.
![Pensyarah UIA maut dijerut: Suspek utama dituduh esok - Polis Pensyarah UIA maut dijerut: Suspek utama dituduh esok - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81596531037_Kesbunuhpensyarah.jpg)
Pensyarah UIA maut dijerut: Suspek utama dituduh esok - Polis
Suspek utama kes pembunuhan seorang pensyarah universiti tempatan pada Julai lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang pada Selasa.
![Kes wanita mati dijerut: Curiga pasangan ada 'kekasih gelap' punca pensyarah minta cerai Kes wanita mati dijerut: Curiga pasangan ada 'kekasih gelap' punca pensyarah minta cerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595770490_garisanpolis.jpg)
Kes wanita mati dijerut: Curiga pasangan ada 'kekasih gelap' punca pensyarah minta cerai
Hasil soal siasat lanjut, suspek mendakwa mereka masing-masing mempunyai kekasih gelap namun tidak dibincangkan sehinggalah mangsa meminta cerai.
![Maritim Terengganu pertingkat rondaan di perairan negara Maritim Terengganu pertingkat rondaan di perairan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/41590368911_Maritim.jpg)
Maritim Terengganu pertingkat rondaan di perairan negara
Rondaan dan pemantauan di perairan negara terus dipertingkatkan sepanjang Aidilfitri ini bagi mencegah sebarang bentuk pencerobohan di perairan negara terutamanya nelayan asing.