KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan kini dalam proses mewujudkan Pusat Panggilan untuk menambah baik proses pemantauan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pusat panggilan itu akan menerima panggilan daripada pesakit bergejala untuk disalurkan ke CAC berkaitan, menerima panggilan berkaitan pertanyaan umum berkaitan pemantauan di rumah (HSO) dan menyalurkan panggilan kecemasan ke MERS 999.
"Sebagai permulaan, ia akan dilaksana di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mempunyai beban kes tinggi. Selain itu, KKM akan menambah talian telefon di 33 CAC di tiga negeri tersebut bagi mengurangkan kesesakan talian telefon," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.
Dr Noor Hisham berkata ini berikutan peningkatan jumlah kes COVID-19 yang mendadak sejak April lepas menyebabkan beban tugas anggota di CAC bertambah.
Katanya peningkatan beban kerja dalam tempoh singkat menyebabkan kekangan talian telefon bagi menerima panggilan daripada pesakit serta petugas untuk membuat dan menerima panggilan seterusnya menyebabkan panggilan ke CAC tidak berjawab.
Dr Noor Hisham berkata situasi itu menyebabkan kegelisahan pesakit yang sedang menjalani pemantauan di rumah mengenai status kesihatan semasa khususnya apabila mereka melaporkan gejala baharu atau kemerosotan gejala dalam sistem MySejahtera tetapi masih belum diambil tindakan oleh CAC.
Beliau memaklumkan jumlah kedatangan pesakit ke CAC mencatat peningkatan sebanyak 150 peratus daripada 4,000 ke 10,000 kes sehari pada 5 Jun manakala jumlah kes aktif dalam pemantauan CAC juga meningkat 108 peratus daripada 5,300 ke 11,000 sehari.
"Selain itu, terdapat peningkatan jumlah kes yang memerlukan rujukan ke hospital bagi tempoh 23 Mei hingga 5 Jun 2021 iaitu daripada sembilan kes kepada 35 kes," katanya.
Dr Noor Hisham berkata pada masa ini, sebanyak 198 CAC dengan pasukan terdiri daripada Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) beroperasi di seluruh negara berbanding 148 pada Januari lepas.
CAC berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penilaian individu yang disahkan positif sebelum ditentukan sama ada sesuai untuk menjalani isolasi dan pemantauan kendiri di rumah atau memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau hospital.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
![COVID-19: KKM bakal wujudkan pusat panggilan, tambah baik proses pemantauan CAC COVID-19: KKM bakal wujudkan pusat panggilan, tambah baik proses pemantauan CAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623274017_PusatPenilaianCOVI.jpg)
Suasana di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Stadium Malawati Shah Alam ketika tinjauan 9 Jun didapati lengang walaupun dibuka seperti biasa. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [12/2/2025] – Muktamad milik Sarawak| Penghubung Sabah dan Sarawak| Bantu golongan petani
Awani Borneo Rabu, 12 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
Kertas Kabinet cadangan wujud lembaga pemasaran pertanian Sabah akan dibentang
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Kertas Kabinet tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri, akan datang.
KKR, SPRM perlu ambil tindakan terhadap konsesi gagal selenggara jalan
Kementerian Kerja Raya diminta untuk mengambil tindakan menamatkan konsesi yang gagal melakukan projek penyelenggaraan jalan persekutuan dengan baik.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) fasa dua yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu tanpa melalui Brunei Darussalam akan mengambil masa sekurang-kurang lima tahun untuk siap.
Kurang tiga peratus projek JKR disklasifikasi projek sakit - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memeklumkan hanya ada satu atau dua projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya di negara ini yang diklasifikasikan sebagai projek sakit.
Abang Jo hargai peranan, keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaanSarawak dalam rundingan menuntut organisasi strategik termasuk menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
AirBorneo tetap terima subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan bahawa Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) akan diteruskan kepada Air Borneo, sama seperti MASWings sebelum ini.
Pengambilalihan muktamad, MASWings bakal dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangaan Sarawak yang diambil alih daripada MASWings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
![Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355723_Generic.jpg)
Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pantau Agenda Reformasi: Kawalan, tindakan tegas jenayah senjata api
Ikuti ulasan Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri berkenaan tindakan untuk memastikan kawalan dan keselamatan orang ramai daripada jenayah berkaitan senjata api.
![KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673360778_KementerianKesihataN.jpg)
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
![Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673338054_TBSAMPELCOVID.jpg)
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
![Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51593767953_AEDES.jpg)
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
![Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676348760_DrNoorHishamAbdul.jpg)
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
![Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675392448_WHOExecutiveBoard.jpg)
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
![Kes denggi catat penurunan minggu lepas Kes denggi catat penurunan minggu lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673081974_AEDES.jpg)
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
![Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19 Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674727420_COVID.jpg)
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
![KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41590053292_DatukDrNoorHisyam.jpg)
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
![Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660571321_DatukDrNoorHisham.jpg)
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
![Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663249379_NajibRazak.jpg)
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.