Seorang lelaki yang dikenali dengan nama panggilan 'Yamcik' diburu polis kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti menjual telefon bimbit curi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Rudy Abdullah berkata suspek diburu susulan penahanan dua individu, dalam serbuan berasingan di Puchong dan Petaling, Selangor pada Isnin lalu.
Katanya dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Taman Mawar, Puchong, seorang wanita ditahan bersama dua telefon bimbit berjenama Vivo, manakala seorang lelaki ditahan dalam serbuan kedua di tapak pembinaan berhampiran sebuah institusi pendidikan di kawasan Petaling dan pihaknya merampas sebuah telefon bimbit berjenama Meizu.
Rudy berkata, siasatan mendapati suspek wanita yang ditahan telah membeli telefon bimbit, daripada 'Yamcik' dengan harga RM400 beberapa bulan lalu.
Menurutnya, suspek lelaki pula mengaku pernah mengambil dan menjual kira-kira 10 telefon bimbit pelbagai jenama, dan hasil jualan dikongsi bersama Yamcik, tanpa mengetahui dari mana barangan itu diperolehi.
Kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 16 tahun hingga 30-an itu direman selama empat hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2019
Kedua-dua suspek direman selama empat hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Lelaki mengaku curi tandas duduk emas bernilai RM286 juta
Tandas yang diberi nama 'America' telah dicipta oleh seorang artis seni Itali yang terkenal, Maurizio Cattelan.
Dua lelaki ditahan curi, jual penukar bermangkin ekzos
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kedua-dua suspek berusia 30an hingga 40an itu ditahan di Petaling Jaya dan Jalan Ipoh, semalam.
Lelaki ditahan syaki pecah masuk bengkel
Kejadian itu disyaki membabitkan tiga suspek yang telah mencuri barangan kenderaan di premis tersebut.
OKU rugi RM4,000, amah larikan barang kemas
Mangsa telah membayar gaji sebanyak RM1,200 kepada suspek yang diambil bekerja awal bulan Disember tahun lepas.
Pekerja syarikat kawalan keselamatan ditahan curi wang ATM
Polis menahan seorang pekerja syarikat kawalan keselamatan selepas disyaki terbabit dalam kes curi wang daripada sebuah mesin wang automatik (ATM) di sebuah institusi pengajian di Bestari Jaya.
Geng curi barang kosmetik, pakaian kanak-kanak tumpas
Polis menumpaskan geng curi barangan kosmetik dan pakaian kanak-kanak di pasar raya dengan tertangkapnya lima individu termasuk empat wanita dalam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang.
Lelaki curi cermin mata berjenama dipenjara 6 bulan
Tertuduh turut didakwa melakukan khianat dan melanggar dua pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menggunakan sebuah kereta.
Lelaki miliki 20 rekod jenayah lampau ditahan
Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Polis tahan dua lelaki disyaki curi motosikal
Hasil semakan mendapati motosikal jenis Modenas Kriss dinaiki kedua-dua suspek baru sahaja dilaporkan hilang pada 5 Ogos.
Dua warga asing ditahan curi dada ayam 18 kg
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati salah seorang daripada suspek postif dadah jenis methamphetamine.