MELAKA: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan denda RM7,500 di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, terhadap tuduhan mencuri sepasang cermin mata berjenama, dua minggu lalu.
Majistret Nabilah Nizam mengenakan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Ezry Azhari, 37, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati dengan niat curang mencuri sepasang cermin mata berjenama Rayban bernilai RM1,017 kepunyaan sebuah kedai cermin mata di Pasaraya Aeon Bandaraya Melaka pada jam 6.30 petang, 11 Disember lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut berdepan tiga lagi pertuduhan, melakukan khianat dan melanggar dua pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menggunakan sebuah kereta pada jam 7.19 malam.
Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh telah menyebabkan kecederaan kepada Abdul Rahman Hadzri, 32, cedera parah kepada Kamarul Latiff Mat Sap, 30, dengan melakukan suatu perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa manusia dengan melanggar menggunakan motokar.
Kesalahan itu dilakukan lokasi sama yang menjadi kesalahan di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya dan Seksyen 338 kanun sama yang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didapat telah melakukan khianat melanggar palang besi automatik dilokasi dan masa yang sama sehingga mengakibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM388.
Pendakwaan itu dilakukan bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha memohon hukuman setimpal kerana mangsa terlibat mengalami kecederan dan kerugian.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dijatuhi hukuman 15 hari penjara dan denda RM2,500 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi pertuduhan bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Tertuduh turut dikenakan hukuman lima bulan dan enam bulan penjara bagi kesalahan di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan dan Seksyen 338 kanun sama manakala denda RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar bagi kesalahan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Sinar Harian
Tue Dec 27 2022

Majistret Nabilah Nizam mengenakan hukuman itu terhadap tertuduh, Mohd Ezry Azhari, 37, yang membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. - Sinar Harian

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Lelaki curi cermin mata berjenama dipenjara 6 bulan
Tertuduh turut didakwa melakukan khianat dan melanggar dua pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menggunakan sebuah kereta.