PORT DICKSON: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) mengalami kerugian kira-kira RM4,000 apabila barang kemas dan wang tunai berjumlah RM2,000 lesap disyaki dilarikan pembantu rumah warga India pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa yang berusia 38 tahun itu menyedari orang gajinya bernama Jothi tiada dalam bilik di rumahnya di Telok Pelandok Pasir Panjang, di sini pada jam 5 pagi.
Menurutnya, mangsa sebelum itu telah membuat iklan bagi mencari orang gaji di Facebook dan telah dihubungi seorang ejen dikenali sebagai Raja.
"Raja menawarkan seorang perempuan warganegara India sebagai orang gaji dengan kos bayaran RM10,000 termasuk penghantaran, passport dan visa pas pekerja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ujarnya, mangsa telah membayar gaji sebanyak RM1,200 kepada suspek yang diambil bekerja awal bulan Disember tahun lepas.
Sepanjang bekerja, suspek diberikan kemudahan tempat tinggal, telefon bimbit dan ditanggung makan minum.
"Bagaimanapun, suspek disedari tiada di biliknya ketika mangsa bangun tidur dan selepas pemeriksaan didapati barang kemas miliknya dan anaknya iaitu dua anting-anting, satu utas rantai leher, satu utas rantai tangan dan wang tunai RM2,000 telah hilang.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan dan polis masih mengesan suspek bernama Jothi Kumar.
"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Nur Asyikin Kamarrudin ditalian 012-9310852 atau hotline Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson ditalian 06- 6472222 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 18 2023

Suspek diberikan kemudahan tempat tinggal, telefon bimbit dan ditanggung makan minum. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Kerajaan laksana pelbagai inisiatif, strategi tingkat akses pekerjaan golongan OKU
KESUMA melalui Jawatankuasa Pekerjaan Majlis Kebangsaan Bagi MKBOKU melaksanakan pelbagai inisiatif dan strategi dalam usaha meningkatkan akses pekerjaan.

MEKAR: KPPN Turun padang serah MyKad gantian OKU sindrom down
Ramadan buat seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down di Kampung Mak Kemas, Marang kali ini menjadi lebih bermakna apabila memperoleh kad pengenalan (MyKad) gantian hari ini.

Suspek tetak bapa direman tiga hari
Reman terhadap lelaki berumur 45 tahun itu dibenarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kangar.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Lumpuh akibat dihempap bas, bekas mekanik kini ubah suai kerusi roda untuk OKU
Mohd Rosdi Osman, 61, kini terpaksa bergantung sepenuhnya pada kerusi roda untuk melakukan rutin harian.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.