Polis sedang mengesan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, laporan tersebut menyebut kes penghinaan itu berlaku di laman media sosial Twitter.
"Pihak polis menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
"Siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Bagaimanapun Huzir tidak mengulas lanjut mengenai laporan tersebut namun dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa individu di Twitter yang mengeluarkan komen biadap terhadap Tunku Azizah Aminah baru-baru ini sehingga dipercayai menyebabkan baginda menyahaktifkan akaun Twitternya.
Malah, ada yang menyatakan bahawa Tuanku Permaisuri Agong menyahaktifkan akaun Twitternya kerana terdapat segelintir netizen mengeluarkan komen-komen negatif tentang perkongsian baginda.
Afiezy Azaman
Thu Sep 12 2019
Laporan tersebut menyebut kes penghinaan itu berlaku di laman media sosial Twitter. - Gambar hiasan
Tesla jual figura mini robot Optimus
Dari segi saiz, ia adalah pada skala 1:10 saiz Optimus sebenar. Ia hadir dengan aksesori dermaga pengecas dan juga sebatang tukul Cyberhammer.
Lebih 115,000 terlibat dadah jenis sintetik setakat Sept - KDN
Setakat September tahun ini, lebih 115,000 atau 70.4 peratus individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah sintetik.
#AWANIByte: MCMC - Keselamatan Pengguna Terjamin
MCMC membahas isu penting mengenai Keselamatan dan Perlindungan Pengguna dalam dunia digital yang semakin kompleks. Seiring dengan perkembangan teknologi, risiko yang dihadapi oleh pengguna juga meningkat. Mari kita telusuri langkah-langkah yang dapat diambil untuk memastikan data disimpan dengan selamat dan privasi individu ketika berada dalam talian.
Kenderaan kecemasan di Gaza terpaksa henti operasi akibat kekurangan bahan api
Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan ya
Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.
[TERKINI] Perkembangan Sebutan kes Tun Daim Zainuddi
Ikuti langsung perkembangan sebutan kes Tun Daim Zainuddin yang didakwa gagal mengisytiharkan harta.
Komposer AR Rahman, isteri bercerai selepas 29 tahun berkahwin
"Tekanan emosi" disebut sebagai punca yang mendorong perpisahan itu sekalipun mereka masih menyayangi satu sama lain.
#AWANIRingkas 20 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 20 November 2024
1️⃣ Syarikat Brazil bakal buka pejabat di KL dan Selangor
2️⃣ Banjir di Terengganu makin buruk
3️⃣ AS$5 juta jika berjaya bawa keluar tebusan di Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Syarikat Brazil bakal buka pejabat di KL dan Selangor
2️⃣ Banjir di Terengganu makin buruk
3️⃣ AS$5 juta jika berjaya bawa keluar tebusan di Gaza
#awaniringkas
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
AWANI Ringkas: Syarikat Brazil bakal buka pejabat di KL dan Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Hina Agong: 26 bahagian Pemuda UMNO Johor akan buat laporan polis
Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad.
Warga Singapura hina Agong, Perlembagaan Malaysia boleh cetus huru-hara
Penghinaan itu dilakukan menerusi video berdurasi sembilan minit 47 saat yang tular dalam aplikasi WhatsApp sejak Jumaat.
Dua lelaki ditahan hina Agong, ugut Perdana Menteri - KPN
Dua lelaki ditahan di Kelantan, masing-masing bagi membantu siasatan kes berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri.
Didakwa tipu Agong, Zahid serah kepada polis siasat Papagomo
Ahmad Zahid menyerahkan polis untuk menjalankan siasatan terhadap Papagomo yang mendakwanya menipu Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH).
Buruh hina Agong, timbul isu perkauman di Facebook dipenjara 6 bulan
Seorang buruh dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan menghantar komunikasi jelik dengan menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Lelaki hina Agong berkaitan pelantikan Perdana Menteri direman tiga hari
Lelaki berusia 33 tahun itu direman selama tiga hari ini bermula hari ini selepas ditahan semalam oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.
Bekas banduan dipenjara kali ketiga kerana hina Agong
Hakim menjatuhkan hukuman terhadap Sharil Mohd Sarif selaku Orang Kena Saman (OKS), selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes berkenaan.
Suri rumah menangis didenda RM9,000 kerana hina Agong
Seorang suri rumah didenda RM9,000 kerana membuat dan memulakan komunikasi jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong.