JOHOR BAHRU: Majlis Ayahanda Malaysia (Masia) Johor tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini pada malam Sabtu mendesak siasatan dan tindakan dikenakan terhadap seorang warga Singapura yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Malaysia.
Ahli Majlis Tertinggi Masia Johor, Zamrin Hamzah berkata, penghinaan itu dilakukan menerusi video berdurasi sembilan minit 47 saat yang tular dalam aplikasi WhatsApp sejak Jumaat.
Beliau yang juga Presiden Ihsan berkata, perbuatan itu sangat biadab dan merupakan satu jenayah termasuk boleh menjejaskan ketenteraman awam malah merosakkan hubungan antara kedua-dua negara.
"Apa yang dilakukan jelas menunjukkan pelaku sengaja memperlekeh dan mempersendakan Yang di-Pertuan Agong.
Kalau tidak diambil tindakan akan beri imej buruk dan pada masa sama menghantar mesej yang salah kepada rakyat Malaysia dan Singapura.
"Polis Johor dan polis Singapura perlu bekerjasama melakukan siasatan sehingga suspek ditangkap dan didakwa," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan.
Beliau berkata, polis perlu bertindak segera sebelum institusi raja menjadi mainan golongan tidak bertanggungjawab.
Suspek katanya, secara terang-terangan dan sengaja ingin mencetuskan isu perkauman dalam Malaysia dengan cuba melakukan provokasi menerusi video berkenaan.
"Suspek juga mewujudkan keadaan huru-hara dalam Malaysia dengan kenyataan-kenyataan yang tidak sopan dan tidak menghormati undang-undang serta Perlembagaan Malaysia," ujar beliau.
Katanya, Masia Johor mahu pihak polis dan Majlis Kehakiman Negara mengambil tindakan tegas termasuk menyenaraihitamkan suspek daripada memasuki negara ini.
"Jika suspek adalah warga tempatan maka perlu dilucutkan kewarganegaraannya sebagai hukuman dan pengajaran kepada semua pihak.
"Jika undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk dikenakan ke atas mereka yang menghina institusi raja termasuk Yang di-Pertuan Agong, maka akta baharu harus dipinda atau dibentangkan," tambahnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 11 2024

Zamrin (kanan) menunjukkan salinan laporan polis dibuat terhadap warga Singapura yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Malaysia di IPD Seri Alam, Johor Bahru pada malam Sabtu. - Foto Sinar Harian
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.
Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
Peruntukan tidak jelas di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 antara sebab menyukarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengambil tindakan bagi kes beras campur.

PM lawat bazar Ramadan Rahmah Kamunting, santuni peniaga
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berkunjung ke Bazar Ramadan Rahmah Kamunting, di sini.

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.

Iswardy Morni lepas semua jawatan PKR esok
Harapan Iswardy untuk bertanding PRU16, dilantik sebagai Sentor berkecai selepas didapati bersalah hina Agong.

Pembantu tukang jahit didenda RM4,000 hina Agong
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail turut memerintahkan tertuduh, Norli Mohamed Yusof, 53, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000
Seorang peniaga gerai makanan didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di aplikasi X, minggu lalu.

Iswardy Morni didapati bersalah hina Agong
Hakim Datuk M.M. Edwin Paramjothy memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Iswardy Morni, 47, di akhir kes pembelaan.

TikToker Rayyan Wong ditahan kes hina Agong, TMJ dan PM
Selain tangkapan, polis juga turut merampas telefon pintar dipercayai milik suspek.

Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.

Hina Agong: 26 bahagian Pemuda UMNO Johor akan buat laporan polis
Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad.

Warga Singapura hina Agong, Perlembagaan Malaysia boleh cetus huru-hara
Penghinaan itu dilakukan menerusi video berdurasi sembilan minit 47 saat yang tular dalam aplikasi WhatsApp sejak Jumaat.

Dua lelaki ditahan hina Agong, ugut Perdana Menteri - KPN
Dua lelaki ditahan di Kelantan, masing-masing bagi membantu siasatan kes berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri.