KUALA LUMPUR: Seorang buruh dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuat dan menghantar komunikasi jelik dengan menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) serta menimbulkan isu perkauman di laman Facebook miliknya.
Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Rahim Abdullah, 49, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan bagi pertuduhan pertama manakala penjara empat bulan bagi tiga lagi pertuduhan dan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini.
Bagi pertuduhan pertama, Abdul Rahim didakwa membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik berhubung isu perkauman dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebooknya dengan menggunakan laman profil "Tuk Chik" pada 3.34 petang, 25 Jan lepas dan pautan itu kemudian dibaca di sebuah restoran di sini pada 5 petang, 8 April lepas.
Dia didakwa atas tiga lagi pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi jelik terhadap YDPA dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di akaun Facebook sama, antara 10.52 pagi dan 11.26 pagi, pada 2 dan 3 April lepas dan pautan itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Wangsa Maju di sini, pada 10.45 pagi, 5 April lepas.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Ketika rayuan, Abdul Rahim yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia telah menyesal serta tidak berniat untuk memprovokasi mana-mana pihak, selain turut memohon maaf kepada institusi diraja atas kesalahan dilakukan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nur Azmal memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat luar, agar tidak melakukan kesalahan sama.
"Dalam kes ini secara terang OKS telah melanggar hak kebebasan bersuara serta tidak menghayati rukun negara kedua iaitu kesetiaan kepada raja dan negara, manakala bagi hantaran isu perkauman, OKS gagal mencerminkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang perlu ada dalam setiap rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat majmuk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Rahim Abdullah, 49, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
TikToker Rayyan Wong ditahan kes hina Agong, TMJ dan PM
Selain tangkapan, polis juga turut merampas telefon pintar dipercayai milik suspek.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Hina Agong: 26 bahagian Pemuda UMNO Johor akan buat laporan polis
Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad.
Warga Singapura hina Agong, Perlembagaan Malaysia boleh cetus huru-hara
Penghinaan itu dilakukan menerusi video berdurasi sembilan minit 47 saat yang tular dalam aplikasi WhatsApp sejak Jumaat.
Dua lelaki ditahan hina Agong, ugut Perdana Menteri - KPN
Dua lelaki ditahan di Kelantan, masing-masing bagi membantu siasatan kes berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri.
Didakwa tipu Agong, Zahid serah kepada polis siasat Papagomo
Ahmad Zahid menyerahkan polis untuk menjalankan siasatan terhadap Papagomo yang mendakwanya menipu Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH).
Buruh hina Agong, timbul isu perkauman di Facebook dipenjara 6 bulan
Seorang buruh dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan menghantar komunikasi jelik dengan menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Lelaki hina Agong berkaitan pelantikan Perdana Menteri direman tiga hari
Lelaki berusia 33 tahun itu direman selama tiga hari ini bermula hari ini selepas ditahan semalam oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.
Bekas banduan dipenjara kali ketiga kerana hina Agong
Hakim menjatuhkan hukuman terhadap Sharil Mohd Sarif selaku Orang Kena Saman (OKS), selepas lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes berkenaan.