Wed Nov 20 2024
AWANI Ringkas: Syarikat Brazil bakal buka pejabat di KL dan Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Teroka potensi ekonomi Asia, strategi Malaysia hadapi ketegangan global - Pakar
Menurut Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, ini membuka peluang bagi Malaysia untuk menumpukan perhatian kepada perdagangan intra-Asia yang juga berpotensi untuk mengurangkan impak daripada ketegangan yang dilihat semakin meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
COP29: Perlu gabungan dana awam dan swasta untuk adaptasi iklim - Pakar
Pengarah Urusan BCG, Dave Sivaprasad berkata, dengan pendekatan kewangan yang seimbang dalam adaptasi dan mitigasi, setiap negara mampu mencipta persekitaran lebih mampan dan berdaya tahan untuk menghadapi perubahan iklim pada masa depan.
PGA sudah pasang papan tanda pangkalan haram
Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam memasang papan tanda di empat pangkalan haram di Rantau Panjang dan Tumpat, bagi mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyeberang ke Thailand secara haram.
Peguam Tun Daim mahu kes di bawa ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Persekutuan
Peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar mahu merujuk kes Allahyarham Tun Daim yang disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram ke Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan.
"Jadi kami telah membangkitkan peruntukan tertentu dalam akta tersebut sebagai tidak adil dan mahu mahkamah ini merujuk kepada Mahkamah Tinggi yang kemudiannya merujuk kepada Mahkamah Persekutuan," katanya.
"Jadi kami telah membangkitkan peruntukan tertentu dalam akta tersebut sebagai tidak adil dan mahu mahkamah ini merujuk kepada Mahkamah Tinggi yang kemudiannya merujuk kepada Mahkamah Persekutuan," katanya.
Dua sungai di Kelantan catat bacaan lebihi paras waspada
Dua sungai di Kelantan iaitu Sungai Semerak, Pasir Puteh dan Sungai Pergau, Kampung Lawar, Jeli mencatat bacaan melebihi paras waspada, menurut laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my
Lebih 115,000 penyalahgunaan dadah sintetik setakat September 2024 - KDN
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, setakat September tahun ini, lebih 115,000 atau 70.4 peratus individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah sintetik.
[TERKINI] Mahkamah sesyen bebas dan lepas Allahyarham Tun Daim
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Allahyarham Tun Daim Zainuddin atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta selepas bekas menteri kewangan itu meninggal dunia, minggu lalu.
Pendidikan digital : KPM jalin kerjasama dengan Microsoft, Google
Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pada tahun 2026 kesemua guru akan menjalani kursus dalam talian mengenai sistem pengurusan latihan KPM bagi memantapkan anjakan Kurikulum Persekolahan 2027 .
#AWANIByte: MCMC - Keselamatan Pengguna Terjamin
MCMC membahas isu penting mengenai Keselamatan dan Perlindungan Pengguna dalam dunia digital yang semakin kompleks. Seiring dengan perkembangan teknologi, risiko yang dihadapi oleh pengguna juga meningkat. Mari kita telusuri langkah-langkah yang dapat diambil untuk memastikan data disimpan dengan selamat dan privasi individu ketika berada dalam talian.
[TERKINI] Perkembangan Sebutan kes Tun Daim Zainuddi
Ikuti langsung perkembangan sebutan kes Tun Daim Zainuddin yang didakwa gagal mengisytiharkan harta.
#AWANIRingkas 20 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 20 November 2024
1️⃣ Syarikat Brazil bakal buka pejabat di KL dan Selangor
2️⃣ Banjir di Terengganu makin buruk
3️⃣ AS$5 juta jika berjaya bawa keluar tebusan di Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Syarikat Brazil bakal buka pejabat di KL dan Selangor
2️⃣ Banjir di Terengganu makin buruk
3️⃣ AS$5 juta jika berjaya bawa keluar tebusan di Gaza
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Syarikat Brazil bakal buka pejabat di KL dan Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sidang Kemuncak G20: Kelantangan Malaysia di pentas global
Malaysia bersama 16 negara lain termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam merupakan negara tetamu untuk G20. Kali terakhir Malaysia menghadiri Sidang Kemuncak G20 ialah pada 2015 di Turkiye, sebagai Pengerusi ASEAN pada masa itu.
AWANI Pagi: Ghost net: Usaha selamatkan laut di Pulau Tenggol
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama, Shafuan Zainoddin - Pengarah & Pengasas, Che Wan Scuba // Amiruddin Abdul Rahman - Pengarah, Che Wan Scuba // Auzry Shazley Banuri - Dive Master, Che Wan Scuba di mana mereka akan berkongsi cabaran dan pengalaman dalam operasi membuang ghost net sepanjang 200 meter di perairan Pulau Tenggol.
Analisis Perdagangan Luar Negeri Malaysia Oktober 2024 bersama Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai
Sertai perbincangan mendalam mengenai prestasi perdagangan luar negeri Malaysia pada Oktober 2024 bersama Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, Provost di Malaysia University of Science & Technology (MUST). Dalam sesi ini, kami akan membincangkan kesan penyusutan ringgit, faktor-faktor utama yang mempengaruhi imbangan perdagangan, serta implikasi kembalinya Donald Trump sebagai Presiden AS terhadap dasar perdagangan Malaysia. Kami juga akan melihat peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN dan inisiatif untuk mengukuhkan perdagangan intra-ASEAN. Jangan ketinggalan pandangan kritikal dan komprehensif ini melalui Google Meet.