KUALA TERENGGANU: Polis membuka kertas siasatan susulan penemuan kira-kira 20 ekor kucing jalanan yang mati bergelimpangan dipercayai akibat perbuatan khianat di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang di Besut, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Mohammad berkata pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu daripada seorang individu yang telah menerima video melalui Whatsapp tentang kejadian kematian kucing terbabit di kawasan sekitar pantai itu, pada kira-kira 10 pagi semalam.
Katanya siasatan awal mendapati bangkai kucing-kucing berkenaan ditemukan oleh seorang lelaki yang pada mulanya terlihat beberapa ekor kucing mati bergelimpangan di atas tanah sekitar pantai tersebut pada kira-kira 8.30 pagi, Ahad.
"Sebanyak 15 ekor kucing telah mati manakala dua ekor kucing masih hidup namun dalam keadaan kesakitan. Dua ekor kucing mati berdekatan persisiran pantai, manakala 13 ekor kucing lagi mati di atas tanah berdekatan pokok-pokok.
"Terdapat kesan lebam biru pada perut kucing, darah pada mulut dan hidung serta ada yang terburai perut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Abdul Rosak kesemua bangkai kucing berkenaan kemudiannya telah ditanam oleh lelaki tersebut.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (Khianat ke atas Binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu katanya pihak Penguatkuasaan dan Teknikal dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Besut dan Kuala Terengganu telah hadir ke tempat kejadian dan mengeluarkan semula kucing yang telah ditanam itu untuk mengambil sampel bagi tujuan analisis.
Semalam, video penemuan bangkai kucing itu yang dikongsi oleh kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Badrul Hafeezy Ali, 35, menjadi tular di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi warganet yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kejadian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022

Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang Besut, 6 Mac 2022. - Foto media sosial/Twitter @jnmalaysia

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Justice for Lily: Polis buka kertas siasatan kematian kucing di UM
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.

Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
Siasatan polis mendapati kematian kucing di Universiti Malaya (UM) di sini, baru-baru ini dipercayai akibat serangan anjing liar.

Kes kematian kucing: Tiada saksi, CCTV punca siasatan makin sukar - DVS
Pengurusan universiti memaklumkan, tiada saksi yang melihat kejadian atau rakaman CCTV di bangunan terbabit.

UM prihatin dengan kejadian kucing mati secara ngeri, buat satu lagi laporan polis
Kucing yang dikenali sebagai Lily ditemui mati dengan keempat-empat kakinya seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan

20 kucing mati di Poland akibat wabak selesema burung
WHO menilai risiko jangkitan sebagai rendah secara umum dan rendah hingga sederhana untuk pemilik haiwan dan pekerja penjagaan haiwan.

Kucing mati: Veterinar Terengganu bedah siasat, hantar sampel untuk diagnostik
JPV turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) untuk siasatan lanjut.

Polis buka kertas siasatan kes bunuh kucing di Besut
Seorang lelaki pada mulanya terlihat beberapa ekor kucing mati bergelimpangan di sekitar pantai tersebut pada pagi Ahad.

20 ekor kucing ditemukan mati bergelimpangan di Pantai Bukit Keluang, Besut
Sebanyak 20 ekor kucing jalanan ditemukan mati bergelimpangan dipercayai akibat diracun di kawasan peranginan Pantai Bukit Keluang hari ini.

Lelaki mengaku tidak bersalah abaikan kucing hingga mati
Tertuduh didapati secara tidak munasabah menyebabkan tiga ekor kucing dalam jagaannya berada dalam penderitaan tidak sepatutnya.