GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai hampir RM1 juta yang berselindung di sebalik kedai pakaian 'bundle', dalam beberapa siri serbuan di kawasan Seberang Perai Tengah sejak 25 April lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pada 4 pagi 25 April dan 3 pagi 27 April, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah telah melancarkan operasi terancang di kawasan Bukit Mertajam.
Menurutnya, beberapa siri serbuan yang dilakukan dalam tempoh itu, telah membawa kepada rampasan 17 bungkusan dadah syabu dengan anggaran berat 16,707.6 gram (g) bernilai RM601,473.50, dua paket plastik dadah ganja seberat 41g bernilai RM102.50 dan 149 bungkusan dadah jenis ganja dengan anggaran berat 151,114g bernilai RM377,785.
"Jumlah nilai rampasan dadah adalah RM979,361 dan polis turut menahan lima lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing yang berumur diantara 22 hingga 55 tahun, dalam siri serbuan itu. Tiga kenderaan yang bernilai RM45,000 turut disita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata lokasi utama serbuan adalah di sebuah rumah kedai tiga tingkat di kawasan Bukit Mertajam, yang menjadikan kedai pakaian bundle sebagai stor penyimpanan dadah.
Katanya, siasatan awal mendapati sindiket ini menyewa rumah kedai itu dengan RM1,500 sebulan dan melakukan perniagaan kedai pakaian 'bundle', untuk mengaburi pihak berkuasa di sebalik aktiviti haram itu.
Beliau berkata hasil risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket ini telah bergiat aktif sejak Januari tahun ini dan dipercayai bekalan dadah ini adalah untuk kegunaan tempatan.
"Siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti jumlah anggota sindiket dan polis percaya bekalan dadah ini diseludup masuk dari negara jiran," katanya.
Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga yang ditahan positif dadah Methamphetamine, Morphine dan Tetrahydrocannabinol (THC) manakala semakan rekod lampau mendapati lima yang ditahan mempunyai rekod dadah dan jenayah.
Katanya, kesemua mereka akan direman selama tujuh hari bermula 25 April mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022

Ketua Polis P. Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata berkata lokasi utama serbuan adalah di sebuah rumah kedai tiga tingkat di kawasan Bukit Mertajam, yang menjadikan kedai pakaian bundle sebagai stor penyimpanan dadah. - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tiga lelaki sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,000 setiap bulan ditahan
Polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium dan merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, bersamanya.

PRU15: Polis Pulau Pinang terima 30 laporan termasuk babit geng kongsi gelap
Polis Pulau Pinang telah menerima sebanyak 30 laporan membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh sepuluh hari berlangsungnya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki
Polis turut merampas pelbagai peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah jenis heroin di rumah tersebut.

Polis Pulau Pinang buka 171 kertas siasatan tatatertib
Semua kertas siasatan itu melibatkan 43 pegawai, 269 anggota dan dua kakitangan awam membabitkan pelbagai kesalahan.

Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut
Polis menahan 20 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan parti liar di sebuah rumah di Taman Star Hill, Bukit Gambir, tengah malam tadi.

Polis tumpas sindiket edar rokok seludup tanpa cukai, sitaan bernilai RM8.04 juta
Serbuan di tiga lokasi di Machang Bubok dan Bukit Tengah itu dibuat selepas risikan mendapati sindiket itu menjadikan rumah sewa sebagai markas.

Isu lepaskan suspek Macau Scam: 8 individu ditahan termasuk pegawai polis, imigresen
Polis Pulau Pinang sedang menganalisis data siasatan membabitkan empat pegawainya yang terlibat dalam kes melepaskan suspek Macau Scam.

352 ketul ganja mampat dirampas: Polis bongkar sindiket edar dadah di Pulau Pinang
Sindiket yang dipercayai mempunyai rangkaian di negara jiran itu dikesan menjalankan pengedaran dadah di beberapa negeri utara tanah air.

Berita dua mayat mangsa culik dijumpai di P.Pinang palsu - Polis
Ketua Polis Pulau Pinang berkata, berita tentang penemuan mayat itu tidak benar sama sekali, bahkan beberapa kali ditularkan sejak Mei 2014.

Sorok mayat kekasih dalam almari
Bau busuk dari dalam sebuah almari di sebuah rumah di Paya Terubong, George Town membawa kepada penemuan mayat seorang wanita, malam tadi.