Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan pengawasan yang teliti di sekitar perairan Sabah, susulan insiden penculikan dua rakyat Malaysia di Sandakan pada 14 Mei lalu.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jaminan keselamatan rakyat di Sabah adalah terkawal.
Katanya polis juga sehingga kini masih berusaha menjejaki kedua-dua mangsa yang diculik itu.
"Saya memberi jaminan kepada keluarga mangsa dan rakyat Sabah bahawa polis sedang lakukan yang terbaik demi keselamatan mereka. Polis telah menghantar pasukan untuk berunding dengan pihak di Filipina bagi membebaskan kedua-dua mangsa yang ditawan penculik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Kejohanan Boling Sukan Empat Penjuru (Sukep) di sini pada Sabtu.
Pada 14 Mei lalu seorang wanita Thien Nyuk Fun, 50, dan seorang lelaki Bernard Then Ted Fen, 39, diculik empat lelaki bersenjata yang menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan kira-kira 7.45 malam.
Kedua-duanya kini dipercayai berada di kawasan pedalaman selatan Filipina yang bersempadan dengan Sabah.
Sementara itu, Khalid berkata PDRM akan membantu Polis Thailand mengesan suspek utama insiden pengeboman di Bangkok, yang mungkin berada di Malaysia.
Pada 17 Ogos lepas, serangan bom berhampiran Kuil Erawan di ibu negara Thailand itu mengorbankan 20 orang termasuk lima rakyat Malaysia dan mengakibatkan 130 orang lagi cedera.
Pada 28 Sept lepas, polis Thailand telah mengumumkan secara rasmi identiti lelaki yang disyaki bertanggungjawab dalam serangan bom berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Khalid ketika diminta mengulas mengenai kelewatan pihak berkuasa mengesan tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu berkata pihaknya akan melihat semua kaedah operasi yang dijalankan.
"Kita akan kaji balik kenapa terlepas masa pencarian awal tetapi saya sudah beritahu pada mula lagi yang kita tak pernah menghentikan usaha mencari mereka," katanya.
Dalam kejadian 23 Ogos lepas, tujuh murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11 tahun dari SK Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa kebenaran.
Dua daripada mereka ditemui selamat semalam, iaitu Miksudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10, manakala Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia.
Tiga yang masih belum ditemui adalah Juvina David, 7; Linda Rosli, 8, dan Haikal Yaakob, 8.
-
Bernama
Sun Oct 11 2015
![Polis beri jaminan keselamatan rakyat di Sabah terkawal - Khalid Polis beri jaminan keselamatan rakyat di Sabah terkawal - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51442216392_KhalidAbuBakar.jpg)
Khalid berkata PDRM akan membantu Polis Thailand mengesan suspek utama insiden pengeboman di Bangkok, yang mungkin berada di Malaysia. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000 Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654174202_KHAIRUDDINABU.jpg)
Khairuddin menang saman, dapat ganti rugi RM300,000
Ahli politik, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memperoleh ganti rugi RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana ditahan menyalahi undang-undang, tujuh tahun lepas.
![Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599174826_MIndiraGandhi.jpg)
Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman
Wanita itu berharap dapat disatukan dengan anak perempuannya itu menjelang Deepavali tahun ini.
![SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/81494825509_MohamedApandiAli.jpg)
SPRM tidak pernah dapatkan pengesahan saya, kata Apandi Ali
Mohamed Apandi menjelaskan bahawa untuk melakukan pemintasan perbualan telefon, agensi antirasuah itu mestilah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Peguam Negara atau timbalan pendakwa raya.
![Pihak-pihak dalam saman fitnah gagal capai penyelesaian dengan Nurul Izzah Pihak-pihak dalam saman fitnah gagal capai penyelesaian dengan Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562589013_TBmashUp.jpg)
Pihak-pihak dalam saman fitnah gagal capai penyelesaian dengan Nurul Izzah
Semasa pendengaran rayuan terakhir, mahkamah rayuan meminta pihak-pihak berkenaan cuba menyelesaikan masalah mereka.
![Pekerja Afrika: Sivarraajh gesa menteri fikir implikasi sosial Pekerja Afrika: Sivarraajh gesa menteri fikir implikasi sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51517746313_DatukSivarraajh.jpg)
Pekerja Afrika: Sivarraajh gesa menteri fikir implikasi sosial
Umum mengetahui kemasukan warga asing khususnya dari Afrika telah memberi kesan secara langsung dalam peningkatan kadar jenayah komersial dan jenayah berat di Malaysia.
![Polis nafi gugur kalimah Allah, Muhammad pada logo PDRM Polis nafi gugur kalimah Allah, Muhammad pada logo PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520837588_PDRM.jpg)
Polis nafi gugur kalimah Allah, Muhammad pada logo PDRM
PDRM telah menetapkan dua garis panduan penggunaan logo pasukan yang berkuat kuasa pada tahun 2014.
![RCI Wang Kelian: Henti seketika siasatan atas arahan KPN RCI Wang Kelian: Henti seketika siasatan atas arahan KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41556112163_RCIWANGKELIAN.jpg)
RCI Wang Kelian: Henti seketika siasatan atas arahan KPN
Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Zul Aznam Haron berkata, arahan itu diterimanya selepas beliau menghubungi Khalid menerusi panggilan telefon pada 20 Januari 2015.
!['Siasatan semula kehilangan Pastor Raymond, Amri selepas ganti IGP' - Tun M 'Siasatan semula kehilangan Pastor Raymond, Amri selepas ganti IGP' - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554288829_AmriRaymond.jpg)
'Siasatan semula kehilangan Pastor Raymond, Amri selepas ganti IGP' - Tun M
Kerajaan akan membuka semula siasatan berhubung kehilangan Pastor Raymond yang dikaitkan dengan Pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia PDRM seperti didedah Suhakam, Rabu lalu.
![Polis di belakang kehilangan paderi Raymond, Amri - SUHAKAM Polis di belakang kehilangan paderi Raymond, Amri - SUHAKAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554288829_AmriRaymond.jpg)
Polis di belakang kehilangan paderi Raymond, Amri - SUHAKAM
Kedua-dua Raymond dan Amri Che Amat disyaki oleh pihak SUHAKAM disasarkan kerana terlibat dalam isu menyentuh agama Islam.
![1MDB: 'Belum ada petunjuk, biar SPRM jalankan siasatan dulu' - KPN 1MDB: 'Belum ada petunjuk, biar SPRM jalankan siasatan dulu' - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521966936_TanSriMohamadFuzi.jpg)
1MDB: 'Belum ada petunjuk, biar SPRM jalankan siasatan dulu' - KPN
Penahanan atau siasatan terhadap mana-mana individu atau pihak baharu akan dibuat berdasarkan petunjuk daripada siasatan ketika ini.