Polis pada Ahad mengambil keterangan tiga individu termasuk pengetua yang didakwa terlibat dalam aktiviti "pengantunan seksual" melibatkan pelajar sekolah di negeri ini.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat malam tadi, sebanyak tiga rakaman percakapan telah direkodkan melibatkan pengetua terbabit serta dua saksi.
"Siasatan akan diteruskan dengan merakam percakapan beberapa saksi lain dan bahan bukti akan dihantar ke Makmal Forensik untuk dianalisis," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Kamarudin berkata, satu laporan polis juga telah dibuat pada Selasa lepas (9 Jan) dan setakat ini, pihaknya menerima satu laporan melibatkan pengetua berkenaan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
BACA: Pengetua cemerlang didakwa terbabit pengantunan seksual ditempatkan di PPD
BACA: JPN Johor siasat dakwaan pengetua cemerlang terlibat dalam 'pengantunan seksual' pelajar
Mohd Kamarudin berkata demikian ketika ditanya sama ada laporan polis telah dibuat ke atas pengetua sekolah menengah itu dan diambil keterangannya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dilaporkan berkata pengetua berkenaan telah "dikeluarkan" daripada sekolah berkenaan dan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah sementara siasatan dijalankan oleh pihak kementerian.
Katanya, tindakan itu adalah bertujuan untuk memastikan suspek tidak mengganggu mangsa atau pelajar ketika siasatan sedang dijalankan.
Empat hari lepas, tular dalam media sosial mengenai dakwaan seorang pengetua sekolah menengah yang mendapat anugerah pengetua cemerlang, menghantar mesej-mesej berunsur lucah kepada pelajar sekolah, sehingga mewujudkan kebimbangan dalam kalangan netizen.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 12 2020

Satu laporan polis juga telah dibuat pada Selasa lepas dan setakat ini, polis Johor menerima satu laporan melibatkan pengetua berkenaan.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lima individu diambil keterangan bantu kes termakan makanan ringan beracun
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata kesemua individu itu dipanggil dan diambil keterangan sejak hari kejadian sehingga semalam.

SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri
Individu terbabit dipanggil memberi keterangan termasuk bagi mengisytiharkan semua harta miliknya sama ada di dalam atau di luar negara.

Polis akan ambil keterangan pelajar dakwa dibuli dalam masa terdekat
Polis akan mengambil keterangan seorang pelajar lelaki 14 tahun yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah, kerana mendakwa tidak tahan dibuli, dalam masa terdekat.

Polis rakam keterangan Mohammad Agus esok - KPN
Bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil sekali lagi untuk dirakam keterangan pada Isnin.

Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis rakam keterangan 11 individu
Polis telah merakam keterangan 11 individu yang dikenal pasti terlibat dalam Himpunan Aman Selamatkan Malaysia di ibu negara, pada Sabtu.

Buli junior, 30 pelajar diambil keterangan
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ia susulan empat laporan polis diterima setakat ini.

Kenduri durian: Artis bergelar Datuk beri keterangan kepada polis
Artis berusia 62 tahun itu tiba di pekarangan IPD Tapah kita-kira jam 1.30 tengah hari untuk diambil keterangan.

Hina Agong: ADUN Sungai Pelek dibebaskan dengan jaminan polis
Terdahulu, dilaporkan Liu ditahan polis di IPD Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes itu menurut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis ambil keterangan pengetua didakwa terlibat aktiviti pengantunan seksual
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat malam tadi, sebanyak tiga rakaman percakapan telah direkodkan melibatkan pengetua terbabit serta dua saksi.

Polis nafi tahan pasangan edar risalah agama Kristian
Polis hanya mengambil keterangan daripada kedua-dua pasangan berusia lingkungan 70-an itu selepas menerima aduan daripada orang ramai pada kira-kira pukul 11 pagi Isnin.