Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan rasa sedih di atas pemergian Duta Besar Malaysia ke Switzerland Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor, yang meninggal dunia di Berne, Switzerland pada Rabu.
"Terima berita sedih bahawa Duta Besar Malaysia ke Switzerland, Datuk Mohd Zulkephli Mohd Noor telah kembali ke rahmatullah tengah hari tadi. Al-Fatihah," katanya dalam catatan terkini di laman Facebook dan Twitter beliau.
Mohd Zulkephli, 57, meninggal dunia pada 6.38 pagi waktu tempatan.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Anna Amalina Imam Baweh dan lima orang anak.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Berne dengan bantuan Perwakilan Tetap Malaysia di Geneva sedang dalam proses menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Mohd Zulkephli mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik sejak 1984.
Sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Switzerland, beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Turkmenistan pada Julai 2012.
Mohd Zulkephli juga pernah memegang jawatan sebagai Duta Besar Malaysia ke Libya dari 2009 hingga 2011 dan terlibat secara langsung dalam operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Libya.
Selain itu, Allahyarham pernah bertugas di beberapa perwakilan Malaysia seperti Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva.
Bernama
Wed Feb 03 2016
![PM zahir rasa sedih terima berita kematian Duta Besar Malaysia ke Switzerland PM zahir rasa sedih terima berita kematian Duta Besar Malaysia ke Switzerland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81454499221_MohdZulkephli.jpg)
Allahyarham Mohd Zulkhepli pernah bertugas di beberapa perwakilan Malaysia seperti Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles dan Perwakilan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu di Geneva. - Foto Bernama
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720677592_AnwarIbrahim.jpg)
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan.
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas
"Bukit Gantang itu tulis PN. Dia bukan PN dah...," soal YB Pasir Mas.
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik dia keluar?," soal Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
![Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720130905_foodtrucksaid.jpg)
Israel sekat bekalan minyak ke Gaza - PBB
Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata bahawa berpuluh-puluh orang awam terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan terbaharu Israel ke atas Gaza.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.67 mata kepada 1,631.63 daripada paras 1,625.96 pada akhir dagangan semalam.
Miskin tegar tak boleh dihapuskan jika tiada - Shafie Apdal
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata miskin tegar tidak boleh dihapuskan sepenuhnya jika tiada formula dan angka yang tepat.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![PM zahir rasa sedih terima berita kematian Duta Besar Malaysia ke Switzerland PM zahir rasa sedih terima berita kematian Duta Besar Malaysia ke Switzerland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81454499221_MohdZulkephli.jpg)
PM zahir rasa sedih terima berita kematian Duta Besar Malaysia ke Switzerland
Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Berne dengan bantuan Perwakilan Tetap Malaysia di Geneva sedang dalam proses menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa pulang ke Malaysia.