YAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa hampir satu jam meninjau kesan fenomena kepala air di Titi Hayun, Yan di sini, hari ini.

Beliau meninjau dan mendengar taklimat operasi mencari dan menyelamat di Pusat Kawalan Bencana (PKB) di Titi Hayun sebaik tiba di lokasi jam 1.30 tengah hari.

Perdana Menteri diiringi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

BACA: Bencana Gunung Jerai: Kerajaan Pusat salur bantuan segera RM75 juta

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam, Datuk Roslan Wahab.

Beliau turut bertemu dan mengucap tahniah dan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus mencari mangsa yang hilang.

Dalam kejadian kepala air pada Rabu lalu, enam mangsa ditemui meninggal dunia manakala seorang mangsa ditemui selamat.



Bencana | Ismail Sabri tinjau kesan banjir kepala air