PUTRAJAYA: Kawal selia industri halal dalam negara boleh disatukan melalui penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam ucaptama sempena Syarahan Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini, Ismail Sabri berkata pada masa ini, cadangan kawal selia sedia ada lebih terhad kepada sektor kewangan Islam melalui Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti manakala Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) pula mengawal selia industri halal.
"Oleh itu, kawal selia lebih komprehensif boleh disatukan misalnya melalui penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah.
"Saya menyeru saranan ini dapat diberi perhatian sewajarnya agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai Model Rujukan Utama dalam bidang Ekonomi Halal dapat direalisasikan," katanya di sini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi) Datuk Jefridin Atan dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
Ismail Sabri berkata ekonomi Malaysia kini berdepan dengan ketidakpastian yang berlaku di peringkat global selain persaingan semakin sengit dalam ekonomi serantau.
Beliau berkata peranan dan sumbangan ekonomi halal tempatan terhadap ekonomi negara masih boleh dipertingkatkan atau ditambah baik supaya menjadi lebih signifikan.
"Berdasarkan laporan Global Islamic Economy Report (2016/2017 hingga 2020/2021), Malaysia menduduki peringkat pertama daripada segi skor petunjuk ekonomi Islam global. Bahkan, Malaysia menunjukkan prestasi teratas dalam sektor kewangan Islam.
"Namun begitu, enam sektor lain, iaitu makanan halal, pelancongan, fesyen, kosmetik dan farmaseutikal, media dan rekreasi masih ada ruang diperbaiki untuk meningkatkan skor dalam sektor tersebut," katanya.
Beliau berkata pada masa ini, ekonomi halal dilihat lebih mencakupi dan berkembang sekitar sektor kewangan dan makanan, sekali gus memperlihatkan kewajaran bahawa aspek ekonomi halal itu perlu diberikan perhatian dan diperbetulkan.
Perdana Menteri berkata kepesatan kewangan Islam antaranya dipacu oleh permintaan masyarakat terhadap sistem bebas riba, mempunyai unsur gharar dan masyir (spekulasi atau perjudian) selain adanya juga kawal selia dan model pengembangan sistem kewangan Islam yang tersedia di peringkat global.
Justeru itu, beliau berkata Pelan Induk Ekonomi Halal harus diupayakan dan diusahakan oleh pemegang taruh untuk memperkasakan ekonomi halal yang mana ia boleh dilakukan dengan meningkatkan peranannya dalam pelbagai sektor ekonomi halal dalam pembangunan negara.
Ismail Sabri berkata ekonomi halal menggabungkan elemen keperluan agama dalam perniagaan dengan menekankan hubungan sesama manusia bersandarkan persaudaraan dan kesamaan manakala harta dan segala sumbernya di muka bumi pula dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh Allah.
"Sehubungan itu, ekonomi halal perlu diangkat sebagai salah satu sistem yang berdaya saing dan penyumbang kepada ekonomi negara.
"Selain itu, pasaran produk halal juga patut berkembang sehingga ke negara-negara bukan Islam," katanya.
Beliau berkata industri produk halal di Malaysia mula diberi perhatian dalam Pelan Induk Perindustrian II, 1996-2005, dan diikuti pula Dasar Pertanian Negara Ketiga, 1998-2010, dengan industri itu dibangunkan kerana Malaysia mempunyai kemudahan infrastruktur dan kemahiran dalam teknologi pemprosesan.
"Kepentingan industri halal ini turut dititikberatkan dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga, 2006-2020, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pelan induk ini mempunyai teras strategik antara lainnya menjadikan Malaysia pusat serantau bagi produk dan perkhidmatan halal seperti produk farmaseutikal, peralatan perubatan, pemprosesan makanan, tekstil dan pakaian," katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata program pembangunan modal insan dalam bidang ekonomi halal di peringkat antarabangsa diharap dapat dilaksanakan.
"Pihak kementerian khususnya Kementerian Pengajian Tinggi, Jakim, Halal Development Corporation dan pihak industri diseru supaya dapat menyokong usaha murni ini," katanya.
Dalam majlis itu, Ismail Sabri turut melancarkan Dana Endowmen Ekonomi Halal dengan dana permulaan sebanyak RM1 juta, yang ditubuhkan oleh Legasi dan Hadahri Global Foundation dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Tujuan utama penubuhan dana endowmen ini adalah membangunkan kepemimpinan dalam penyelidikan dan pendidikan dalam bidang ekonomi halal. Ini meliputi bidang Sains dan Teknologi, dan Sains Kemanusiaan.
"Saya menyambut baik penubuhan Dana Endowmen Ekonomi Halal ini dan berharap usaha ini dapat memperkasakan aktiviti akademik dan intelektual dalam bidang ekonomi halal agar Malaysia dapat menerajui agenda ekonomi halal di peringkat pengajian tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Perdana Menteri menyampaikan ucaptama sempena Syarahan Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini. - Foto BERNAMA
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
2DekadTsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.