Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkran rasa puas hati terhadap kelancaran perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK).
Perdana menteri berkata beliau dan keluarga berkesempatan meninjau dan mencuba sendiri tren fasa kedua MRT yang akan beroperasi sepenuhnya mulai 17 Julai depan, petang semalam.
"Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan infrastruktur bertaraf dunia jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang ini yang dibangunkan, diusahakan oleh ribuan anak tempatan sejak tahun 2010.
"Kepada semua yang terlibat, berbanggalah dengan pencapaian anda, imbas kembali segala pengorbanan tenaga, masa beristirahat bersama keluarga dan sahabat handai. Inilah hasil keringat dan air mata anda! Saya sendiri amat bangga dengan anda semua," kata perdana menteri menerusi catatan di laman rasmi najibrazak.com, hari ini.
PM Najib berkata dalam tinjauan berkenaan beliau turut ditemani rakan-rakan dalam talian beliau yang teruja untuk merasai pengalaman menaiki tren yang melalui beberapa stesen bawah tanah.
Menurutnya, kelancaran perkhidmatan MRT menidakkan dakwaan penduduk terutama di kawasan bandar bahawa projek MRT yang bermula sejak 2010 ini akan menjejaskan kawasan setempat.
"Ternyata perkara ini tidak benar sama sekali apabila kini ramai rakyat kita yang menerima manfaat kesalinghubungan yang lebih holistik," katanya.
PM Najib turut menegaskan bahawa visi beliau adalah untuk melihat sistem pengangkutan moden yang bukan sahaja boleh menghubungkan seluruh kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Putrajaya tetapi juga sebuah sistem yang boleh digantung harap tahap efisiennya.
"Tahukah anda, tren kita mempunyai kadar frekuensi yang tinggi iaitu kira-kira 3.3 minit pada waktu puncak untuk setiap tren dan berupaya menampung kapasiti 1,200 orang pada satu masa?" katanya.
Sementara itu, PM Najib turut berkongsi pengalaman dengan keunikan stesen-stesen bawah tanah MRT yang dilengkapi identiti tersendiri serta perkhidmatan bas perantara yang menghubungkan stesen MRT dengan kawasan sekitar yang selesa pada kadar RM1 sahaja.
"Wahai rakyat Malaysia, 17 Julai ini, sama-samalah kita raikan satu lagi detik bermakna buat Negaraku, tanah airku. #JomNaikMRT," kata perdana menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2017

Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) meninjau stesen sistem Transit Aliran Massa (MRT) di Pusat Bandar Damansara (PBD) hari ini. -Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pasaran getah KL ditutup rendah seiring pasaran serantau
Sentimen pasaran juga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS yang akan datang.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Beku aset: Mahkamah benar Na'imah wakili Allahyarham Tun Daim dalam semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi membenarkan Na'imah Abdul Khalid mewakili arwah suaminya dalam semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun dan 18 syarikat milik mereka.

Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.

Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

JSPT KL keluarkan 63 saman di sekitar pusat bandar
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 63 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar pusat bandar dalam Op Halangan yang bermula 10 malam semalam.

Polis mohon bantuan kesan lelaki warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Bekas Pertahanan Kuala Lumpur meninggal dunia
Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) Noh Haeng-seok dari Korea Selatan meninggal dunia pada usia 36 tahun hari ini.

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.